teman yang di kasihi!!

singah sini

Khamis, 1 Disember 2011

disember HAKUNA MATATA

disembeR!
KEMBALI lagi BULAN #disember aku kini utk hari pertama di bulan aku.. Aku di pusat beli belah yg penuh dgn org politik tapi bukan semua.. Sebenar nnt mereka akan ke perhimpunan mereka di trade center itu.. Dan dalam tak sengaja aku akan terlibat sama cuma aku disini bukan berpolitik sebaliknya aku akan berpuisi sahaja.. Dlm kesibukan mall ini ramai yg mengalas tapi ramai lagi yg menjinjing.. Haha didalam khalayak peribumi ada juga yg asing di sini.. Menyelongkar satu persatu tingkat di atas sekali ada medan makan dan di bawah juga ada kedai makan ditengah juga ada kedai makan.. Tapi sayang surau hanya satu walhal disini banyak yg islami kasarnya!! Apa perlu aku kata?? Kalian perhatikan cara mereka mengukur berbakul2 duniawi tapi sebakul islami.. Semoga disember membuka lembaran baru utk aku.. Lupa yg 19 ni aku 20 haha dah tua lah.. Syukur dapat jumpa lagi disember.. Maaf aku x lagi mengupdate seperti januari dgn februari kerana laptop rosak malas nk baik pulihkan.. Sekian..

Selasa, 15 November 2011

awek bertudung post gambar buah dada hey meh sini baca artikel

aku tergerak nak menulis tentang tingkah laku manusia masa kini!!
mengaibkan orang orang yang bersalah
iya memang dia melakukan kesalahan tapi sepatutnya sesama islam kita patut
belajar dari kesalahan bukan menjaja cerita dari yang silap
kan itu menunjukkan aib orang?!! kan kan kan
ni aku bertanya balik kat korang yang islam la kan!!
betul tak apa aku kata ni??
bukan kah kita tak boleh nak bukak aib orang kerana ini satu dosa
dan baru kejap tadi ada satu isu di facebook pasal gambar budak perempuan bertudung tayang dadanya!!
amboi korang yang komen tak ingat kan time aib orang tu keluar korang bukan main lagi kutuk
korang tu malaikat ke?? tak pernah buat salah ke??
engat tuhan tu adil
kalau KITA BUKA AIB ORANG SATU HARI TUHAN AKAN BUKA AIB KITA!!
jadi aku menyeru kepada kalian yang kononnya marah sebab budak tu bertudung tapi menunjuk dadanya!!
memanglah itu salah dia sebab membuat begitu tapi perlu ingat bukan dia yang mahu gambarnya ditayang
dan disebar begitu!! mungkin ada pihak lain yang tak bertanggungjawab yang mengaibkan dia!!
jadi aku ni bukan lah pihak keluarga atau boyfriend dia cuma korang kene ingat
manusia ni tak lari dari melakukan kesilapan dan doakan lah yang terbaik supaya sipolan itu sedar akan kesilapan
dan pulang kepangkal jalan sebelum dia terus terjatuh di jalan itu!!
aku manusia yang sering berperikemanusiaan yang merasakan dia tidak patut di caci maki begitu!!
dia juga manusia kita juga manusia
kita juga pasti malu jika aib kita ditahu satu dunia!!
jadi kepada yang post gambar tu silalah kalian padam!!
semoga tuhan memberkati kalian!! amin....
TIADA MANUSIA ANTARA KITA UMAT UMAT BIASA YANG SEMPURNA!!

tak apa

melewati hari tanpa dia itu adalah suatu perkara yang tak pernah aku ingin kan
kerana siksanya penantian aku keseorangan yang sudah bertahun ini
teramat siksa!!
kau tahu??
tak kan!!!
mungkin kau tahu
tapi aku yang rasa!!!
kau cuma lihat...
aku sendiri kenapa??
kerana biarlah senyuman indah ini muncul di riak muka
tetapi didalam hati sensara yang cuma aku dan tuhan sahaja tahu!!
tahu!!!!
untuk aku lihat kau bahagia biarlah kau terus bahagia bersama dia!!
jika itu buat kau bahagia pergilah!!
aku doakan agar bahagia yang kau cari ini akan kekal ke akhir hayat kau!!
untuk kau tahu
KEBAHAGIAAN KAU ADALAH KEBAHAGIAAN AKU!!
-TIA-

Rabu, 26 Oktober 2011

karma 3 3 3!!

masa berputar laju 3 minggu dah macam 3 hari dalam 3 minggu dah 3 hari tak ditegur!!
dah dia yang selalu sayang sayang bagai dan kini tetiba menjauhkan diri eh eh!!
dan tiba tiba aku dikata seperti buaya yang bukan tempatnya di sungai tapi darat!! eh eh!
sial!!aku bukan marah dia.. cuma aku marah diri aku yang cepat sangat mengharap!!
celaka manusia biasa suka mempermainkan perasaan manusia yang lain!!!
bukan aku buaya darat seperti sangkaan atau tuduhan dia ni!!
aku berjanji yang aku tak akan balas dendam! ye mmg aku pemarah tp aku bkn pendendam!!
biar kan karma itu mengajar!! biar dia tahu jika kopi kau buat pahit kopi yg kau dapat pun pahit!!
perasaan bukan untuk di mainkan.. ia bukanlah gitar yang kau boleh petik satu satu kodnya!!
kau perlu tahu bila semua dah di berikan pada kau.. kau harus menjaga semuanya!!
kerana itu kepercayaan yang menyatakan hasrat sayangnya untuk engkau!!!
aku harus belajar bagaimana mengenali terlebih dahulu baru berperasaan!!
iye hensem itu tiada pada aku tapi jujur itu besar ada pada diri aku!!
Amacam berani?? kalau tak jangan dekat lah...
aku ni Terlalu Ohsem Untuk kau kot!! hahahhha #SAja nak sedapkan hati je ni....
kalau kau tak suka terus terang je la... aku okey sebab aku tahu
#aku tak hensem macam ashraf muslim!!
#aku bermata sepet!!
#aku berkulit gelap!!
#aku rendah!!
#aku tak sempurna!!
jadi jangan kau tuduh bukan bukan!!
kalau dah x nak cakap je sebab aku ni jenis manusia sedar diri!!

TERIMA KASIH SEGALANYA!!
TERIMA KASIH UNTUK 3 MINGGU!!

Selasa, 25 Oktober 2011

kayuhan lewat isyak

tak tahu kenapa malam ni aku tak boleh tidur padahal sebentar nanti jam 10 sudah mahu
ke ujibakat untuk sitkom remaja di REd COM phew.. 
aku berdoa agar adalah rezeki aku disini.. semoga allah membuka pintu rezeki untuk aku...
amin.. ya rabbal alamin...
dalam tak boleh tidur aku dengan senang hati membuka youtube
dari aku tengok cinta muka buku membawa ke cinta muka bulu dan terselit shiela on 7!!
eh eh apa ni.. haha serius aku tak mengenang tapi kenangan lama datang tiba-tiba bila
lagu DAN dari shiela on 7 tu aku main kan..
phem sungguh puaka lagu ini bagi aku kala pengakhiran isyak ini berlabuh....
sumpah aku dengan tangan sakit angkara kelalaian dan kebodohan sendiri
lagi sakit bila teringgat kenangan lama-lama waktu bersama TIA weh.. apa ni...
ok itu semua kenangan dulu... 
dalam sedar tak sedar... aku dah 2 tahun lebih solo
phew.... lame tu hahahaha.... bila fikir balik macam tak percaya tapi ini realiti untuk aku
ye bukan x nak bercinta tapi tiap kali cinta tu ada aku tak tahu antara ia benar serius atau lebih 
kepada permainan??!! huh bahaya kan kalau permainan
sebab hati bila terluka susah dan mungkin tak kan baik... 
bukan lah macam luka terguris di jari ada kesan dan boleh baik serta boleh hilang!!


melihat sepupu sepapat akak aku kahwin.. sure aku sendiri rasa nak kawin.. cuma
bagi aku.. aku perlu bersedia.. menyiapkan perkakasan peperangan zaman perkahwinan nanti
perlu ada senapang peluru perisai dan pertahanan yang kuat untuk aku menjadi nakhoda kapal 
yang hebat!! 
aku mahu rusuk kiri yang dicipta untuk aku itu akan kembali dan terus melekat kembali dirusuk kiri
berdoa ia tak akan patah atau tercabut kembali bila ia sudah bersatu...
keselesaan kebahagiaan keharmonian kepelbagaian lagi akan aku cuba lengkapkan untuk nya
menjadi pasangan kepada malam dan bintang selamanya itu impian aku

semoga ia akan kekal abadi!!
tak tahu kenapa lewat isyak aku memikirkan persediaan sebelum nikah sebenarnya kahwin tu silap ahahhaa!! 




 pesanan aku doa kan aku berjaya dalam casting untuk sitcom remaja dari redcom ni... amin...


Selasa, 18 Oktober 2011

UNTUK ORANG YANG DISAYANGI!!

biarpun cuma seminggu aku diberikan rasa itu
aku amat bersyukur tak terkata kerana masih dikurniakan rasa itu
rasa yang telah hampir 2 tahun aku tidak temui
sehingga aku sendiri lupa tentang perasaan itu
walau bukan dia yang luah kan namun aku dapat rasa
perasaan yang tiba tiba hadir tanpa aku minta!!
perasaan dimana pertama kali aku memandang dia..
lalu aku menegur..
dan aku berjaya menselesakan diri aku dan aku rasa dia juga begitu!!
jujurnya selepas putus dengan TIA aku dah lama tidak bercinta
cuma keinginan untuk bercinta itu ada tapi aku takut
dan aku memutuskan untuk tidak mencari CINTA ini lagi...
sampai suatu masa aku pernah memutuskan untuk biarlah masa yang menentukan
dan untuk 2 minggu ini aku diberi satu perasaan yang aku sendiri tahu
aku mahu itu.. cuma aku ini dijerat oleh PENYAKIT FOBIA CINTA!!
dan biar lah aku cuba perlahan-perlahan
aku berdoa semoga tuhan membenarkan aku menerima rasa ini lebih lama!!
kerana AKU MAHU DICINTAI DAN MENCINTAI!!
tuhan kau berikan aku masa untuk ini!!
dan jika aku mati sekalipun nanti...
aku sempat rasa bagaimana
aku DICINTAI dan bagaimana aku MENCINTAI!!


tuhan berikan kesempatan walau hanya sekali!!
aku mohon!!


salam BANGSAT untuk kononnya ANAK PErJUANG!!

seorang anak perlunya bersyukur semasa dia hidup!! 
ini sewajarnya semua Manusia yang hidup di muka bumi ini pegang!! 
seorang anak mungkin boleh hidup tanpa bapa dan tanpa ibu..
tetapi jika tidak dapat pendidikan yang benar maka sebab itu
ramai yang tidur di hotel besi
kepunyaan kerajaan yang banyak menghabiskan duit 
untuk membela mereka menjadi MANUSIA!!
bersepah besi buruk yang ada di lorong lorong 
yang mengharapkan belas ihsan dari 
manusia sekeliling untuk mencurahkan sodium sodium 
kepada badan badan besi itu supaya tidak karat!!
dan aku ucapkan salam kepada kau wahai sang anak ANGKAT PERJUANG!! 
yang kau sebenarnya anak orang orang yang biasa biasa juga seperti aku...
sewaktu kau baru bertatih-tatih PERJUANG INI 
sudi mencurahkan kasih sayang 
dan tunjuk ajar kepada kau.. 
tetapi kau cepat lupa akan kewarasan yang kau ada
sehingga kau menelanjangkan dan kau bogel kan PERJUANG INI 
kerana atas dasar dia MEMUKUL KAN ANAK NYA!!
APabila seorang bapa memukul anaknya 
bererti BAPA ITU AMAT MENYAYANGI ANAKNYA!!
kerana dia tidak mahu anaknyamelakukan  kesalah 
pada masa akan datang berulang kali
tapi kau bongkak kau baru pandai berjalan setapak dua
dan kau baru mendapat 3 4 langkah dan kau bongkak!!!
kau kononnya melangkah keluar dari kamar-kamar kita!!
tiada siapa yang membuang kau!! 
walhal kau sendiri buang diri kau dari kami!!
kami semua sayang kan kau kerana 
kau juga seorang adik beradik kami yang terbaik!!
kau seperti meng ia kan Karma kacang!! yang akan pasti meninggalkan kulit !!
aku tak salah kan siapa siapa kerana 
jika kau nak melangkah pergi itu memang dasar hak kau!!
tetapi amarah aku datang apabila 
kau menyingkirkan diri kau dan kau angkuh berjalan
seperti tidak membutuhkan lagi PERJUANG yang mengajar kau!!
dan kami kami yang berjuang bersama!!
memang hak kau untuk terus berjalan tapi harus mengapa
KAU MEMBANGSATKAN PERJUANG ITU DAN KAMI??!!
yang kita sama-sama belajar bagaimana hendak mengacu pistol!!
kau juga mengangap kami MUSUH KAU!!
memang mungkin tidak bagi kau tapi dari cara kau berhadapan
dengan kami-kami, kami semua terasa yang kau itu berubah!!
dan kau juga seperti meludahkan ludah kau itu keatas 
dan kembali ke muka kau apabila
kau menyebut-yebut apa yang PERJUANG itu beri kepada kau!!
aku bukan anti perdamaian cuma kau itu 
manusia yang tak bisa menerima teguran!!
mengapakah??!! 
hey tidak akan ada orang berjaya jika dia tidak belajar dari kesilapan!!
kesilapan adalah guru terbaik dalam hidup!!
dan aku berdoa supaya kau akan dapat jumpa jalan yang kau mahukan!!
tetapi satu pesan aku jika jalan yang kau cari itu tak kau temui
kembali kepangkal jalan dan mula dari situ!!
SALAM BANGSAT UNTUK KAU BANGSAT!!
AKU MEMBANGSATKAN KAU KERANA 
KAU TIKAM PERJUANG ITU DAN MENYINGKIR KAMI!!

Khamis, 13 Oktober 2011

bukakan hatimu

Antara perkara paling susah nak lalui dalam hidup ialah
apabila orang yang kita sayang atau cinta memilih untuk tidak bersama kita
dan kita dengan berat hati melepaskannya untuk orang yang dia sayang!!
macam dah klishe kan.. tapi ini lah yang kebanyakkan nya kita kita semua ada yg lalui...
membenarkan demi kebahagiaan dia.. dan kita biarkan terluka sampai bila-bila...
melihat dia bahagia apabila bersama orang yang dia sayang.... 
jujurnya hati  kita ni hancur... kerana kenapa tidak kita ditempat itu kan...
tapi sebenarnya 

apabila kita sentiasa sakit ketika bersama dengan dia

jawapan terbaik adalah kita harus melepaskan dia

dan jika dia benar dicipta adalah untuk kita

pasti walaupun dia kehujung dunia sekalipun

dia tetap milik kita kerana itu telah ditetapkan begitu

tetapi sekiranya dia tidak ditakdirkan untuk kita

maka biarkan dia lepas kemana dia suka

kerana mungkin ada calon yang lebih baik dari dia untuk kita

dan janganlah kita bersedih kerana

jodoh itu pasti datang bila tiba masanya

bergembiralah selagi tuhan memberikan kau nyawa

dan terus lalui hari hari dengan senyuman...


belajarlah untuk menerima apa yang terjadi kerana itu semua sudah ditakdirkan!!

Ahad, 9 Oktober 2011

BESI BURUK INI!!

ada besi buruk yang terlempar di jalanan semuanya sudah tidak serupa seperti besi 
ada yang kata ia seperti helaian tisu yang di keraskan dan di susun atur menjadi seperti besi buruk
tapi bila di amati memang besi buruk ini sebenarnya keindahan alam selepas apa yang dilalui
sehingga ia menjadi buruk!! aku amati dan aku faham besi buruk ini yang pernah
membuat hiasan dalam rumah itu cantik!! dan ia juga tempat pak maun mengantung benda benda
aksesori kehidupan hariannya disitu. 
kehidupan ada pasang surut ada hidup ada mati ada jahat ada baik
kadang kadang besi ini juga pernah melukakan pak maun.. dan biasanya menyenangkan pak maun!!
besi itu sekarang di pandang hina oleh semua orang.. tak ke semua orang kenang akan jasa besi itu..
sedih dengan dunia kini tak ada lagi yang memperdulikan apa yang terjadi kini 
yang lemah terus akan dilemahkan yang kuat akan terus diperkuatkan!!
sungguh korupsi perbuatan sebegini!! ini kata aku lah!! 
seharusnya kita lebih terbuka untuk menaikkan yang lemah dan mendokong yang kuat!!
tiada hak untuk aku paksa semua orang untuk suka dan utk senang dgn besi buruk ini!!
tapi untuk aku faham yang besi buruk ini sudah lali dengan ditinggalkan orang-orang yang di sayanginya!!
dan sekarang besi buruk ini terus menyepi di sebalik dinding konkrit yang berpetakkan bumi!!
masih jalan dalam paksi dan berjalan terus!! hadapi segalanya dengan senyuman wahai besi!!
besi akan karat dan lama2 akan reput lalu ia akan mati seperti HATI AKU KINI!!
hadapi dengan senyuman segala yang terjadi biar terjadi..
tak akan aku mampu mengubah yang terjadi
dan esok biarlah esok!!

Sabtu, 8 Oktober 2011

apabila itik rela berkokok!!

kisah itik yang "humble" atau erti kata lain itik yang merendah diri..
melupakan kata-kata makhluk sekeliling nya.. yang menggatakan itik tak cantik bila berkokok
tapi kata-kata itu salah... itik ini mungkin lebih fasih dari ayam-ayam yang ada disekeliling alam..
walhal itik ini dilahirkan sebagai itik.. tetapi kerana minat nya dia berbahasa dalam bahasa ayam..
ada ayam yang malu dengan bahasa ayam dan lagi rela berbahasa kanggaro!!
hah sepatutnya ayam-ayam ini perlu sedar kerana bahasa ayam ini banyak manisnya banyak sopannya..
dan bila ia mula dibicarakan ramai makhluk suka dan senang lagi pun bahasa ayam ini sangat senang
untuk dipelajari, untuk di fahami dan untuk di gunakan..
berbalik kepada itik tadi.. itik ini sangat kompetitif!! dan dari segi bercakap ayam-ayam tak kan tahu yang dia
tu sebenarnya itik!! dan ayam-ayam banyak mentafsir bahawa itik tadi itu adalah ayam juga!!
nah hebat bukan itik ini.. ya tadi aku baru berkenalan dengan itik ini dan aku mula mentafsir
bagaimana itik ini mengobses kepada bahasa ayam dan dia sangat fasih berbahasa ayam!!
kagum!1 itu je dapat aku katakan.. dan utuk korang tahu dia juga makan makanan orang orang ayam!!
wow selera dia lain dari itik yang lain!! dan bila itik ini berkokok aku pasti ayam-ayam akan terpaku
kerana dia bolah bercakap bahasa ayam dengan pantasnya!!
oh ya.. itik ini juga pernah melibatkan diri dalam rancangan Realiti!!
ha ayam-ayam... jom lah kita memartabatkan bahasa sendiri!!
dan kalau boleh kita belajar juga bahasa itik ^_^
amacam??
saja nak tempek muka yang mengenangkan nasib ayam ayam ni!! hahaha


#kadangkalakitaperluberbanggadenganorangdisekeliling!! dan buang sikat negative terhadap sesiapa di sekeliling kita!! #satuMalaysiaKan

 

Khamis, 6 Oktober 2011

sahabat tapi lahanat!!

kasar bahasa aku dan terlebih dahulu aku minta maaf ya..
aku bukan pendendam cuma aku ada perasaan marah
sahabat yang dulu satu bumbung  dan saling bertukar2 talileher tapi kini dia
bikin SETAN dengan aku..
cerita bermula setiap kali aku akan bercerita tentang gadis tepuk tangan!!
gadis tepuk tangan ialah gadis yg aku cuba cuba waktu belajar dulu dan dia ada bf!!
cuma itu cerita dulu.. sekarang aku saja bergurau pasal gadis ini di facebook
yang peliknya bf dia tahu segalanya.. aku pelik.. bf dia bukan lah rakan fb aku dan aku dah block
sbb dia pernah buat taik dengan aku.. mulanya aku ingat bf dia stalker tapi
bila di check dan dicerita oleh rakan sendiri baru aku tahu si BABI CELAKA LAHANAT!!
punya angkara
satu word untuk orang macamni! LAHANAT!!
tak pernah kenang erti sahabat!! aku bukan nak mengungkit cuma nak dia
ingat kenangan dia susah dulu aku yg masakan utk dia ini nama sahabat
dulu kau yang beriya menyaport aku utk gadis ni sekarang kau pulak balaci laki tu
aku dgn gadis tu dah tak de pape saja nak sebut2 nama dia..
yang kau beriya jadi balaci menngadu yang aku masih ada hati kenapa
dah aku kena maki tak tentu pasal!!
bukan aku hadap sangat pun gadis tu.. aku bukan cakap besar dan aku tahu kemampuan aku bagaimana
heh sedangkan actress tu pun boleh aku ngorat ni kan si gadis tu
apa lah sangat!! hey gemok kau kalau tak tahu cerita sebenar jangan pandai2 buat cerita!!
maaf kau masih sahabat cuma aku hati-hati dengan kau
aku bukan pendendam cuma aku tak mahu kawan dengan musuh dalam selimut!!

Khamis, 29 September 2011

PEREMPUAN INI

setiap kali  aku lihat potret wajah dan nama nya di dalam laman sosial MUKABUKU
dengan segera air mata menitis tanpa sedar.... ha siapa siapa???
dia orang yang aku sayang dan pernah aku cinta...
banyak kenangan kenangan aku bersama atul..
dari kekelas sama2 duduk dalam bas sama2 makan sama2 pergi kuliah sama2 keluar sama2
aku rindu nak berbual dengan atul... aku rindu nak tengok wayang dengan atul
aku rindu nak tengok atul blur.. dgn memek muka sewaktu dia blur aku amat merindui detik itu...
aku rindu nak tengok atul masa atul kat hospital! time atul sakit tu.. muka atul pucat habis... tapi tetap comel...
aku rindu nak jalan2 makan A&W dgn atul!! aku rindu nak jalan hantar atul balik... balik hostel!!
aku rindu nak call atul malam2 kacau atul buat assighment!! aku rindu nak buat macam2 dengan atul!!
aku rindu nak tengok perangai TEGAS dalam KELEMBUTAN atul.....
aku tak pernah rasa menyesal kenal dengan atul walau pun sesaat
sebab aku ikhlas dengan atul...
banyak kenangan yang aku ada dengan atul!!
pernah suatu masa bagi aku atul segalanya sampai suatu hari
bila terjadi satu peristiwa yang menggoyang kan hubungan aku dengan atul...
tibe2 aku dan atul tak menegur antara satu sama lain...
dan aku mengaku mungkin juga waktu itu aku yang salah
aku terlalu mengambil tahu pasal apa yang atul mahu lakukan sehingga atul rimas mungkin dgn tindakan aku tu..
dan kini atul tetap atul dalam hati aku!!
hampir 3 tahun tak ketemu dari 2009 hingga kini 2011 hmmm.... rindu tahu!!!
aku berdoa agar Atul terus ditemukan dengan insan yang terbaik untuknya!!
aku mengharap dia bahagia selamanya aku berdoa dia berjaya dalam hidupnya!!
kerana aku tahu untuk aku bersama dia peratusnya kini tinggal 10% mungkin..
dan untuk  melihat kebahagiaan atul aku juga merasakan bahagia itu!!
biar aku simpan segala kenangan2 kami untuk aku jadikan MEMORI TERINDAH!!!

dari kiri: atul, abe, ekmal (gambar dari along tuna)

setiap detik setiap saat berkait kan aku dengan atul jujurnya aku tak pernah lupa!!

p/s: aku kagum dengan sikap setia atul dengan bf nya dulu sewantu aku cuba2 untuk memilikinya
      ceritanya aku hanya bertepuk sebelah tangan!!

PUISI UNTUK ATUL!!
senyum mu tawa mu
membuat hati ini rasa bahagia
sakit mu sedih mu
aku seakan mati waktu itu
tutur mu bisik mu
aku hargai dan ku simpan 
kini kau sendiri
tak lagi kita bersua 
dihati kecil ku ini kau tetap disini 
dan akan terus di situ!!

UNTUK MEMILIKI KEBAHAGIAAN KITA HARUS MEMBAHAGIAKAN TERLEBIH DAHULU!!

kesilapan atau pilihan??

seperti manusia biasa sebenarnya aku muak dengan ayat
MANUSIA MELAKUKAN KESILAPAN!!
sebenarnya ayat yang betul ialah
MANUSIA BUAT PILIHAN!!!
ya pilihan antara benda baik dan benda buruk...
kenapa??????
kerana mereka yang di gelar manusia yang waras masih mampu berfikir
dan mereka yang selalu mengatakan MANUSIA BUAT SILAP ini sebenarnya gila!!
manusia diberi pilihan antara jalan yang baik atau jalan yang salah atau jalan yang kurang baik!!
sebagai manusia jika kau melakukan satu kali kesilapan itu mungkin bisa dimaafkan
tapi jika sering kau melakukan kesalahan itu ERTINYA kau membuat PILIHAN bukan membuat SILAP!!
jadi kalian fikirlah antara kita adakah silap itu kita lakukan kerana kita silap
atau pun silap yang kita lakukan kerana kita membuat pilihan untuk melakukan kesilapan itu!!
RENUNG DAN RENUNG!!!
sampai bila nak salahkan MANUSIA MELAKUKAN KESILAPAN??
seharusnya kalian perlu tahu apa sebenarnya..........

Sabtu, 3 September 2011

FeeYA ISkanDAR gadis dan konti

ehem ehem ehem....
salam syawal dan salam merdeka buat semua pembaca yang sudi menyinggah!!!
firstly nak mintak maaf zahir dan batin jika ada tersalah bila2 masa ya..

nak cerita tengtang GADIS DAN KONTI!!
eh siapa?? ceteka... ce..teka... hahahhaahaha
ala ramaikan gadis konti kat malaysia ni...
macam farafauzana.. lindaOnn...hunnymadu.... eh tapi bukan nak citer pasal diorang nak cite pasal
FEEYA ISKANDAR
actually nama sebenar beliau ialah NorShafiza binti Iskandar Azizan
beliau lahir pada tanggal 5 Februari 1989
seorang krew di ERa fm dahulu dan kini beliau terkenal di XFM NIGHT SHOW!!
maknanya beliau kini bekerja di AMP network di stesyen XFM la..
bekas penuntut uitm shah alam..
beliau sangan adorable!!! hahahah..
saya amat meminati beliau...
dari dulu eheh lupa nak inform  FEEYA ni jugak dari ANAK WAYANG!!
nak tahu lebih pasal beliau hahaha gi kat FEEYA ISKANDAR <3 ha baca lah blog dia...
semoga <3 FEEYA ISKANDAR <3 akan terus berjaya dalam karier beliau...
ni lah beliau..








satu benda nak pesan kat FEEYA ISKANDAR ni 
tu pun kalau awak baca la..
FEEYA I LOVE YOU <3 <3 <3 
hahahhahaa
kbai....
ala.... mula mula lupe nak cakap macam Feeya selalu cakap
"hey...ho...."
ahahahahhahahaha


*ops gambar di ambil dari facebook page FEEYA ISKANDAR*
#TERIMAKASIH


Jumaat, 2 September 2011

cemburu metodisindronisis!!

bila setiap malam aku rasa aku perlu berteman!!!
dan bila aku pergi menonton wayanag kesoranggan!!!
waktu aku perlu meraikan syawal berseorangan!!!
masa syawal aku banyak habiskan dengan menonton TV dan mendengar RADIO!!
saat aku keluar dan makan berseorangan!!!
saat aku ber mesej ber mms dengan diri sendiri!!
melangkah kemana berseorangan!!
dan aku sedar aku sudah lanjut usia!!
aku memerlukan seorang teman!!
teman di mana boleh menerima aku seadanya!!
teman yang memahami setiap tingkah laku aku!!
dan saat aku perlu tahu apa itu rumahtangga!!
melihat kebahagian orang lain...
jujurnya aku cemburu dengan kalain!!

cinta lain macam

bila masa yang berlalu kau tak rasa
pasti kau rindu saat kau baru merasakan saat yang itu
rumit untuk difikirkan tapi ini pasti berlaku
saat saat kita bercinta atau dicintai lah
saat2 kita tak rasa masa berlalu walhal 
masa saat itu lalu begitu cepat 
sehingga kau dan dia mungkin bersatu dan mungkin berpisah
saat itu kita sendiri sedar yang sebenarnya 
banyak masa kita habis demi pasangan masing-masing
hargailah orang yang anda cinta 
kerana bercinta dengan orang yang mencintai kita indah
bercinta dengan orang yang kita cintai itu risikonya tinggi
aku telat dengan percintaan setelah ditinggal
seorang kekasih yang kini telahpun menjadi isteri orang lain
mungkin kebahagiaan itu bukan dicipta utk aku...
aku redha.. masa tak akan kembali
tapi aku hargai masa lalu aku.. 
kini walau pun aku sendirian
aku semakin matang dalam soal percintaan
mudah untuk jatuh cinta tapi tak mudah untuk mencintai
dan kini aku lebih selesa bercinta berkawan dengan orang yang usianya matang dari aku
bercinta...... em.... tak lagi takat ni...
cuma melihat pasangan pasangan lain... jujurnya aku cemburu...
untung aku pakai sony kalau pakai bb tak pun iphone mcm dulu 
rugi la... phone mahal mahal tapi tak da sapa mau mesej dgn call
ahahah harap mesej dari celcom je banyak.. hahaha
tak pa aku bersyukur sebab masih diberi cinta untuk keluarga....
sebenarnya aku hidup kerana cinta dari tuhan dan cinta dari keluarga
yang kuat kan aku dari aku lupa sebentar yang 
AKU PESAKIT BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR!!!

Rabu, 17 Ogos 2011

calon isteri

terpaku aku!! bila memikirkan seseorang yang aku rasa dialah calon isteri...
bukan seperti gadis lain yang kebiasaan aku kenal.. dia sangat WOW!!!
jujurnya tak ramai kenalan aku yang sebegini...
dia bukanlah dari golongan gadis2 yang berpurdah mahupun bertudung..
dia gadis normal seperti gadis-gadis biasa cuma bezanya dia..
dia tersangat menjaga cara percakapan, cara pergaulan dan tahu batas-batas
sepatut mana dia jaga dirinya sebagai seorang gadis..
WOW!!!! aku kagum.. dia selalunya menasihati dan bercakap baik..
dia juga seorang yang workerholic... yeah.. senang la bakal suami dia nnt hahahaa
bagi aku dia cukup sempurna.. oh dia selalu juga tolong aku dalam kerja2 menembak...
terima kasih awak... tak perlu lah aku sebut atau aku catat namanya disini
kalau dia baca aku rasa dia tahu siapa dia...
dan aku teramat suka untuk berkawan dengan orang-orang seperti ini....
itu saja banyak lagi nak tulis pasal dia tapi cukup setakat ini salam ramadhan semua!!

maaf la lambat

hye all... jujurnya aku teramat merindui nak berbloging...
tengok macam-macam dah berubah kt blog ni.. aduh
mr.lappy x baik2.. aku x hantar dia pun pegi hospital
sbb aku pun bz dengan urusan harian..
syukur rezeki setakat ini setelah hostel ramadhan,cinta madinah dan terakhir getaran jiwa..
itu rezeki dari menembak (shooting) insyaallah aku kena kerja lebih kuat lepas ni
aku feeling feeling dengar lagu akim-janji... hahaha siap ada buat video miming dia sekali..
nnt kalau rajin aku update kt fb.. oh korang rajin2 la follow twett aku eh..
sbb aku selalu aktif kt situ fb pun sama...
maaf lah kawan2 saya jarang update..
insyaallah lepasni kalau saya diberi kesempatan saya akan update lagi...

Ahad, 17 Julai 2011

kau tahu aku rasa apa??

berjalan dalam rasa yang tidak berperasaan di atas bumi seperti bulan
sendiri berliku liku berlopak lopak berkali-kali aku terjatuh adakala sampai tersembam
tapi aku gagahkan kaki untuk melangkah!! geram tapi pendam ya tak semua rasa apa yang kita rasa
mereka melihat tak memikul,, ye berat batu yang ada di tanggan aku tak dapat kau rasa beratnya kan
aku sendiri gembira dengan apa yang aku lakukan....
aku kenal seorang kawan nama dia hasmira azmi.. 
dia ni gelak "kuat" tapi sweet!! hahaha suka tengok dia gelak sebab nampak gigi.. nice aja..
seronok cakap2 dengan dia.. kenal pun kt set dah dah... 
nnt aku update lagi..
nak cerita semakin hari semakin seronok hidup ni !! 
seronok seronok seronok!!
"insayan yang cemerlang ye..ye..ye,, datangmya dari akal yang bersih dan hati yang suci.. ye.ye..ye,,eye...

Sabtu, 18 Jun 2011

cinta untuk abah!!!

menatap wajah seorang pejuang
yang bila matanya buka dia sudah berperang
ya dari pagi ke malam hanya satu jam dia pulang membawa rezeki dan harapan
tertanya aku bilakah dia cuba menutup mata dan melupakan segala waktu perangnya??
aku terdiam dari aku sebesar itu hingga aku sebesar ini
dia masih berjuang untuk keluarga
ada saat senang ada saat biasa dan ada saat susah
dia tetap begitu cuba memberi lebih yang dia ada pada kami
seorang pejuang tegar yang bila ditembak dia masih lagi tegak dan membuang peluru
lalu menjahit lukanya dan terus berperang ada kala dia seakan tewas
tapi dengan semangat dia berjuang kembali dan menembak tepat ke kepala musuh
dan dia berjaya... 
seorang pejuang yang mulia hatinya,yang jarang didengari keluhannya, yang sering cuba mengembirakan
dan memberi kebahagian kepada kami...
jika di minta untuk membalas..
sejuta tahun lagi pun kami tak mampu untuk menebus dan membalas segala yang dilakukan itu..
abah selamat hari abah ^_^ arif amat menyayangi abah...
apa pun terjadi abah tetap abah yang terbaik dan yang paling berharga dalam hidup ini ^_^
i love u abah... terima kasih untuk segalanya ^_^
u are my abah my hero forever ^_^

<3 <3 <3 <3 <3

Ahad, 12 Jun 2011

tau tak apa itu super ego dan libido ??

semalam aku belajar yang adamasa yang kita semua perlu mencintai sesuatu yang baik untuk diri kita sendiri..
dan aku yakin akan ini... ada yang mulanya mencintai mereka-mereka yang tak mencintai
sebalik nya ada yang dicintai walaupun dia sendiri tak mencintai..
kusut kan ayat ni.. tapi realitinya inilah...
ramai nak pasangan masing2 semua serba lengkap 
tapi diri sendiri masih tak sedar yang dia tu sang semut yang mahukan gula yang besar...
berjambak bungga ada dalam dunia tapi tak pasti madu nya masih elok atau dah busuk
ramai persoalkan tentang itu dan ada yang sanggup mendedahkan tentang kesucian diri
didalam blog 
megah dengan apa yang buruk dilakukan itu...
yalah open minded kata orang tapi jagalah super ego kita..
tau tak apa itu super ego??
super ego itu adalah agama.. jangan sampai libido mengatasi super ego..
eh libido itu apa pula?? libido itu lah tentang ilmu seks yang kita tahu...
jadi kita jagalah super ego yang ada...
jangan sampai maruah tercemar
apa kisah puteri shasha dan adinda evans?? oh aku kesian pada mereka yang megahni
mungkin mereka terlebih pendedahan tentang libido dan cuba practic kan dan terus lupa tentang 
super ego yang kuat kt MALAYSIA ni... 
pada kalian kalian berpikirlah tentang sesuatu dengan waras dan rasional
semoga hidup kalian juga diberkati begitu juga doa saya untuk saya

Jumaat, 27 Mei 2011

hati oh hati!!!

series aku tak tahu kenapa sejak 2 ke 3 hari..
phone dok dering ja..
amboi.. nampak dak.. dah mula nak cakap utara dah ni...
hahahhaa...
one day dulu aku penah la ejek kakak pasal bf dia orang utara. hahaha
but now bila berkawan lama lama jadi senang.. so bermakna....
ah.. nanti dulu lah...
ahahhahaa
apa aku merepek??
hati hati ada yang memerhati...
hati hati ada yang sibuk meneliti
yang penting ada hati lihat lah dengan mata hati
bukan lihat dengan mata yang sebenarnya buta....
untuk beberapa minggu susah nak update blog..
lappy rosak...
rase nak beli baru tapi....
ahahaha
ok senang senang saya update
bye bye kepong
welcome rawang!!!
sudah mahu berpindah di rawang ^_^

Jumaat, 20 Mei 2011

bicara dari hati

lain perasaan lain kata hati
bicara dari bibir tak sama bicara dari hati
biasanya bibir berani menyatakan tapi hati terdiam kaku takut ia nyata terjadi
biasanya aku cakap apa aku suka memang macam celupar tapi dalam hati
sebenarnya aku diam kaku takut gelisah dan kadang-kadang aku terluka sendiri
aku tak seperti dulu..aku tak mampu meluahkan setiap perasaan dengan suara
cuka kadang-kadang bibir ini gatal mahu juga berbicara walaupun kadang kala menyakiti orang lain...
memang aku nampak seperti penting diri dan sombong kan..\
tapi percayalah kadang-kadang KITA PERLU MELAKUKAN KEJAHATAN SEBELUM MENUNJUKKAN KEBAIKAN hanya mereka-mereka yang paham akan mengerti mengapa aku lakukan demikian..
ramai yang paham tapi tak ramai yang mengerti
aku tak mampu mengajar seorang demi seorang tapi jika ada yang bertanya 
pasti aku beri jawapan 
walaupun kadang-kadang aku sembunyi yang sebenar dari kebenaran
ramai orang yang perlu kita jaga hati
tapi kita??? ada tak yang fikir??
kadang kala aku memang akui hidup ini selalunya kejam
tapi aku tekat kerana aku percaya dengan karma
cuma aku tetap aku...
aku tak tinggalkan dia  sebab kamu..
cuma aku memberi dia kebebasan untuk melihat betapa 
kamu bukan pilihan hati aku...
berserah.. percaya jika tuhan katakan iya..
dia miliku!!
amin....!!!


Selasa, 17 Mei 2011

sebab dia

cerita tentang gadis...
yeah aku selalu begini cerita tentang gadis gadis yang aku rasa aku suka
ahahha
oh suka tak bererti cinta lebih kepada sayang!! hahahaha
rumit kan hal ni.. okey aku terus berjalan seperti hari buasa.. berkawan dengan semua orang tapi semua yang aku kenal tak seperti dia...
oh macam ramai je kan aku berkenalan dengan gadis2.. ye sememangnya ramai..
cuma setakat ni seorang saja yang aku rasa aku selalu teringatkan dia.. apakah..
ops belum ke arah percintaan sekadar berkawan dan mula rasa sayang akan perhunbungan
itu..
seorang yang dikenali dan mula bertapak dalam dunia seni...
aku kagum dengan dia.. semoga dia cepat berjaya dan berharap dia tak lupakan aku..
seperti mana aku tak pernah lupakan dia...

Sabtu, 14 Mei 2011

derita otak

mencari setiap baris perkataan yang berertikan perkongsian
tidak ada kena mengena dengan filem kongsi!!
cuma pelik mengapa harus ada manusia yang sangat berkira walhal dia terebih mampu??
rezeki mereka mencurah-curah tapi tetap ada perasaan kedekut
oh bukan perasaan tapi tabiat!!
tuhan berkata jika ada rezeki lebih kita harus berkongsi dengan mereka mereka
nilah manusia.. kau ada aku takda kau bangga macam klcc tu kau punya
ah lantak aku pemerhati dari dalam dan luar...
kau hanya kenal aku di luar dalaman kau tak pernah nak selami
meskipun aku bukan lah manusia yang seperti malaikat...
tapi aku masih boleh memikirkan tentang ini..
maksud aku perkongsian...
aku belajar dari kesilapan
ya kalau kau nak tahu pemberi rezeki itu bukan kau tapi tuhan..
mungkin hari ini aku ada satu ringgit
tapi esok aku ada sepuluh ringgit sebab ini kerja tuhan
dan aku percayakannya.. dan aku tahu sepuluh ringgit itu bukan hak aku sorang

Selasa, 10 Mei 2011

sory sory sory

maaf semua kesuntukkan masa bekerja sekarang
nnt ada masa saya update ye..
oh rumah aktor seniman dah abis
sedih la..
k bai..
wish me all the best

Selasa, 19 April 2011

kasihan kak ida!!

semalam aku nampak abang bakar jalan bawak ayam dia tu..
hah mentang-mentang kak ida tak da pergi rumah besan dia sbb si aida anak dia tu bersalin..
tu lah tak padan tua abang bakar berjalan dengan bangga membawa ANAK AYAMnya itu
kehulu kehilir.. huh tanpa segan silu selamba membawa pulang ke rumah!!
apa nak jadi dengan abang bakar ni.. dah 2 kali dia buat macam ni.. yelah
kalau di cerita tentang ini pada kak ida pun.. kak ida juga tak mampu nak buat apa-apa
katanya dia ditindas oleh kuasa yang ada pada suaminya...
yelah kak ida ni anak yatim piatu.. kalau la dia di ceraikan oleh abang bakar dia nak duduk mana
dia ni suri rumah,.. tulah susah jugak aku tengok kak ida ni,, dapat laki kaya semua lengkap
tapi kebahagiaan takda.. seriau aku nak kawin kalau camni.. aduh...
pelbagai cabaran aku tengok... kesian la.. 
aku sebenarnya nak cakap yang aku nak join 
kempen anti kekerasan terhadap wanita!! 
jom  semua join saya.. ^_^

Isnin, 18 April 2011

selamat panjang umur cik FARAH

selamat ulang tahun hari lahir ke 20 buat sahabat saya
SHARIFAH FARAHANA FITRAH BINTI SYED IDRIS ^_^
17/4/2011
semoga murah rezeki
dipanjangkan umur
dikurniakan kesihatan berpanjangan
berjaya dalam pelajaran
berjaya dalam hidup
dikurniakan suami soleh hahaha
di kurnia kan rakan-rakan yang memahami dan baik-baik
di mudahkan segala urusan dunia dan akhirat..
dan semoga berjaya dalam apa jua yang dilakukan..
semoga menjadi anak yang baik..
adek yang baik...
kekasih yang baik (kepada bf dia "bukan saya")hahahhaa
pelajar yang baik...
hahaha engat nak bagi dia mashimaro tapi dia kata
dia tak suka dah si mashimaro tu dia suka ben10
ahahha 
apa apa pun awak awak saya nak cakap selamat hari lahir ya...
peace lot of love from me.. en. arif ^_^
u will be my best for eva.. take care ye..
ops sory ciplak pic sumber dari mr.google hehehe

Sabtu, 9 April 2011

aku nak tegur sikit!!

berbekalkan apa yang aku lihat ini cuma luahan dari aku yang aku sendiri tafsir..
tiada paksaan dari mana-mana pihak..
maaf aku bukan benci cuma mahu menegur..
ye aku tak sehebat dia berpuluh2 ribuan follower..
aku cuma ada  beberapa kerat mereka-mereka yang sudi follow yeah terima kasih kepada mereka..
sambung cerita.. aku hanya inggin menegur sikap
seseorang blogger yang abang-abang katanya!! 
ok kau memang femes..
kau bagus dari segi penulisan yang kadang kala 
ada yang merepek dan cuba menarik perhatian dengan entrie yang gempak tapi dalam kosong..
ok abaikan yang atas ini..
aku tak kata aku bagus cuma aku tulis untuk aku kongsi..
kau kata tiada halangan untuk kau bercerita kan..
tapi sedarlah kau nie sebenarnya banyak menjatuh kan orang.. dan memburukkan orang
aku nie baru lagi tapi jika aku hendak memburukkan seseorang aku akan metaforakannya
tak seperti kau terus menuju kepada orang itu..
 ingat eh.. 
sekali kau menunjuk kesalahan orang, sepuluh kali tuhan balas ia untuk kau.. kita sama2 menulis jangan 
sampai tak tahu untuk menjaga hati orang lain..
memang la blog nie boleh tulis apa yang kita rasa 
tapi 
kau kan lebih faham dari aku pasal dunia blog nie..
aku baru je.. cuma tak sedap bila kebanyakkan cerita kau tu
suka bercerita tentang buruknya orang... 
dah la kau dah tua aku pun semakin tua jadi kau harus berfikir sebelum menulis
yeah ayat di atas ini aku ambil dalam satu cerita dari blog kau..
baik lah sampai disini sama sama kita menegur..
maaf jika terkasar bicara.. aku ikhlas nak lihat kau maju dengan cara lebih baik!!!
kalau aku ada salah kau tegur lah ya...

Selasa, 5 April 2011

i love them!!

i love my family!!
i love my tweet!!
i love my facebook!!
i love my phone!!
i love my wallet!!
i love my blog!!
i love my skype!!
i love my page!!
i love my thing!! 

how about you all?? 

Jumaat, 1 April 2011

muka tak hensem!! ok tak de masalah...

yeah.. bila sebut lelaki je... pompuan biasa terus terpikir.. 
teng teng teng.... hensem lah.. body tuff lah.. macho lah.. itu lah.. ini lah.. lantak lah..
eh silap lantak lah tu biasanye tak de...
huh... clishe la bende bende ni.... penat dengar.. ye lah.. biase lah sape yang tak nak lelaki hensem kan..
hah.. macam saya,, orang selalu kate.. eh kau jangan perasan kau tu fahrin la.. farid kamil la..
sebab kau tak sehensem diorang!!! 
huh.. well that im agree... ececeece tetibe nak ngaku (erh tipu je ni x ngaku terase macam hensem je)
ahahaha...
ok.. kalau la kan aku tak hensem.. em.. tak kan orang kate.. eh awak nie nampak dari jauh macam                      que haidar!!(perasan)
oh yeke.. terima kasih ye.. hgaha aku tak tau la.. kan dia puji atau dia perli la en..
tak pe lah aku anggap dia puji lah walau pun aku tahu dia tipu hahahaha kalau aku jumpa dia lagi
(eh lupa dia nie pompuan tau.).. aku nak cakap awak awak, awak nie dari dekat nampak macam
angelina jolie lah... peh komfirm dia paham maksud aku hahahaha
x pe x pe 
eh aku nak cerita apa eh sebenarnya haha lupa pasal x hensem sebenarnya..
ok ok.. back to the story.. dah la dia kate dari jauh macam que comfirm la dia nak cakap aku x hensem kan..
x pe lah.. biar lah x hensem yang penting manisnya ada kan kan kan...
apa engat semua lelaki putih tu hensem la.. podah... aku yang hitam manis ni lagi manis tau
kAH kah kah.. contoh orang yang macam aku.. macam REMY ISHAK!! nah tengok kan ada jugak tu
tapi hensem je kan.. abon.. ha manis jugak yang best EBBY yus.. manis jugak...
erh jadi bagi aku kalau orang nak cakap aku tak hensem.. x pe lah... lagi pun ia nya subjectif 
yang penting saya tau saya manis hahaha.. 
ok ada siapa2 yang nak muntah hijau tak??
sila lah.. ahahahahhaa
ok tu je.. nak cakap hensem ke tak ke saya tak kesah la awak!! ahahaha
kalau awak kesah cari lah lelaki2 hensem tuff macho tu...
carik kebahagiaan kat diorang boleh??
hahaha dah jangan jadi macam lagu si shahir dah la
 kebahagiaan dalam perpisahan..
no comment la kan.. hahhaa
ada orang pernah cakap kat saya
biar tak hensem asal pandai menyayangi!!
ceceh poyo nye la ayat atas ni..
geli haahhaa :P

haha lain toQQ!! ahahaha
     

Khamis, 31 Mac 2011

maaf jika ada yang terasa

cinta... eh bosan nak cerita topik ini.. mungkin sebab aku masih berdiri tegak kesorangnan 
dan bersama rasa yang kosong setiap kali mahu berbicara soal cinta ini....
bila melihat mereka berpimpin tangan
melihat mereka berbual mesra
melihat mereka bertumbuk sakan
sumpah aku rasa sedih dengan keseorangan yang telah lali aku lalui
sejak dia tinggalkan aku...
mencari cari sesiapa yang boleh aku bercerita tentang setiap rungkai tanya persoalan dan masalah
yang aku sendiri lalui huh aku sedar tiada siapa bersedia mendengar untuk itu...
yalah tidak semua cerita masalah aku perlu beritahu keluarga
kadang-kadan dan jarang-jarang ada persoalan yang perlu aku kongsi untuk meminta pendapat seseorang
tapi aku sedari tiada siapa lalu aku rasa seperti aku jatuh dari tingkat 88 menara berkembar petronas..
aku tak tahu kenapa malang nasib aku sehingga kini aku tak jumpa 
siapa yang patut mengisi ruang-ruang kosong yang dah lama kosong dalam hati aku..
aku mahukan
pendengar yang setia
pencerita  yang setia bercerita
pakarmotivasi untuk aku sendiri tahu apa kelemahan dan kebaikan aku
penghibur hati luka lara 
dan
pencinta serta sang setia yang boleh sentiasa disisi walaupun jauh..
tapi malang  sempat kah.. mampukah.. bolekah aku memiliki??
sehingga kini aku masih menjadi sigmunt frued yang menteorikan tapi itu...
aku tak mampu menjadi gestalt yang melakukan tanpa memikir risiko...
dan sejak dari kecil hingga umurku bakal mencecah 20 an ini...
aku sempat jumpa 3 orang yang bleh diertikan sebagai pencinta...
yang aku sendiri mengaku aku sayang tanpa pernah aku beritahu...
yang aku sendiri aku kasihi dan mengharap mereka tak pernah pergi...
yang aku sendiri akui yang aku tak pernah curang juga kepada mereka2 walaupun ada yang menduga...
aku berharap sewaktu dulu mereka lah cinta ku yang akan kekal!!
aku juga kecewa bila di tinggal kan dan memikirkan
adakah aku seorang kekasih yang gagal kerana sering ditinggalkan??
tak pernah aku meminta untuk meninggalkan mereka sebaliknya itu sering terjadi kepada aku..
ya.. seorang mangsa mungkin kalian fikir kan tapi itu pemikiran kolot bagi aku..
bagi aku aku tidak dijodohkan untuk bersama mereka dan aku teruskan hidup seperti biasa tanpa cinta
dan mungkin aku di serang penyakit FOBIA CINTA!! yeah itu akui.. 
bila ada perasaan yang aku mahu tapi aku takut dengan risiko..
cukup untuk aku bersuara dan bercerita tentang CINTA!! 
aku bahagia mengenali mereka,,
semoga mereka di rahmati allah amin...

kesempatan itu

menghitung jari-jemari sambil mencongak waktu di dinding bergerak itu...
aku kini lebih memahami apa yang perlu ada untuk menjadi seorang yang terus maju kehadapan
kehadapan bulan penuh.. kau bersedia suatu hari aku akan menjatuhkan kau ....
walaupun aku cuma sebatang pen yang kau anggap tak kan boleh untuk menjatuhkan kau
sebenarnya kau silap..
mungkin kau terlupa bagai mana kura-kura mengalahkan arnab bukan...
tiada mustahil didalam dunia ini.. aku tetap akan berdiri berlari mengejar mencari sesuatu untuk 
aku sendiri mengadaptasi dan menuntut untuk menjadi lebih bijak...
apa kau ingat teori teori stanisluvky, brecht, meyes, chekov. tu cepat kah?? ha jawab sikit??
semua tu sebenarnya lambat.. apa mmemori recall lagi apa?? huh lambat lambat...
ada sesuatu yang cepat tapi kau tak perlu guna teori teori ini..
cuma belajar dari mereka yang terdahulu..
mungkin mereka tidak secerdik kau belajar perlu ke menara gading.. 
cuma pengalaman banyakkan membaca dan lakukan.. itu saja... 
ya kini aku sedang menuntut dengan banyak guru guru yang ada sejak zaman dulu lagi...
aku biarkan kalian memandang aku rendah seperti keadaan aku yang rendah itu tapi 
kalian hati2 wahai sang bulan.. aku hanya mendengar saja bila
kalian kalian bercerita tentang itu tentang ini tapi sebenarnya aku rasa aku lebih tahu 
cerita sebenarnya...
aku lebih ramai kawan yang suka menceritakan dan mempublisitikan orang dari kalian...
aku lebih rapat dari orang yang kau cerita berbanding kau yg jumpa hanya tuk 5dan6 kali saja
aku lebih ramai kawan yang menyuruh mereka untuk membuat apa saja dari kau....
aku yakin suatu hari kau akan jatuh dan aku sendiri akan berdiri tegak.....
aku harap kau  bersedia..
pandanglah aku serendah mana kau mahu padang
hina lah aku sekejimana kau mahu keji
perbodohkanlah aku selagi kau rasa kau mampu perbodohkan
ingat kotak putih didalam sebuah kotak itu akan memangil kau, aku, dia bila-bila saja
jadi kalau di beri kesempatan nanti aku akan buktikan kepada kalian siapa 
AKU SEBENARNYA!!! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...