teman yang di kasihi!!

singah sini

Selasa, 18 Disember 2012

Hargai lah emak

Pernah kau sedar yg kau selalu sakit kan hati emak?

kau kata mak itu ini, kau bilang mak suka menangkan anak itu anak ini, kau sedar tak pengorbanan seorang emak tu bagaimana?
Sebenarnya seorg emak itu tak pernah nak bahagi kasih kepada setiap anaknya, baginya semua sama saja, kalau ia mak melebihkan anak lain baik kau sedar sikit, siapa hantar kau pergi tadika, kesekolah rendah, ke sekolah menengah, ke puncak universiti, bahkan siapa banyak perabih duit utk kau demi masa depan kau????
Kau tak sedar lagi?
Sanggup kau cakap mak itu ini?
Pengorbanan mak tu biar dia x makan jgn anak anak kebulur
Seperlunya kita sebagai anak mula ambil berat mula jaga emak bkn zaman kita sakiti hati dia lagi

Banyak kedukaan dia jalani dian mengembara utk kita, kasih seorang ibu tak kan mampu kita balas, bertarung nyawa demi kita...

Aku harap kita semua sedar yg semua ibu mahukan yg terbaik utk anak anak mereka

Jadi coretan ini aku coret bkn utk sesiapa tetapi utk kita semua

Ibu hanya satu didunia jika dia tiada maka tiada lagi penganti ibu kita, sayangi mereka hargai mereka kasihi mereka, kasih ibu membawa ke syurga

Semoga emak saya Maimunah binti mohd yusof sehat sentiasa dan panjang umurnya amin...

Selasa, 27 November 2012

SETIAKU

Saat kau diam
Dan terus membisu
Sebenarnya ku mengerti
Tak usah kau khuatir
Kerana ku memahami

Cinta darimu kini sudah pun pudar
Kau punyai cinta yang lain
Demi setia ku pendamkan rasa
Ku mengerti ku bukan terbaik

Sayang
Aku tahu
Cintaku telah pun hilang
Namun untuk kau tahu
Setianya diriku
Sanggup ku bodohi rasa cinta ini

Biarkan ku mati
Melihat kau bersama dirinya
Aku kan pergi
Melupakan dirimu

Khamis, 22 November 2012

sampai masa

manusia
aku kau dia mereka
semua ada tahap
tahap sabar
tahap lihat
tahap IQ
dan pelbagai tahap lg.
sahabat
ialah kawan yg lebih baik dari kawan biasa
namun bila ada sahabat yg semakin melupakan dgn alasan bz.
bkn main marah
bkn main melenting
tp itulah
kalau banyakkali sahabat yg kita sapa banyakkali x reti nk sapa kita walaupun sekali
bersetankan dia
kawan datang dan pergi
yg paling peting
people change
sampai masa
kita lupakan s

Selasa, 20 November 2012

Salam sejiwa salam SAHABAT

Salam sejiwa buat pengikut yg sudi membaca
Dah lama tidak menulis
Seakan penyakit malas itu sukar mahu dibunuh dalam diri
Tp usah gusar selepas ini pasti akan selalu update...
Teruskan sokong saya
Teruskan sokong najwa latif
Jgn lupa ke
http://youtube.com/najwa595
ada muzik video terbaru
Daripada najwa latif ft syamkamarul dan sleeq :-)
#NLsAF
Love najwa

Ahad, 12 Ogos 2012

Oh Cinta Kekal Cinta

Oh Cinta Kekal Cinta

Cinta kau hadir tanpa paksaan ,
Di dalam aku ada kau ,
Kau sinar ,
Kau kegelapan ,
Kau kemanisan.
Tanpa Cinta aku tak akan tahu Apa Rasa Cinta.

Cinta biarpun ia Berjauhan,
Tapi Cinta selalu ada Dalam Hati,
Tak pernah Hilang,
Sekali Cinta itu Hadir,
Takkan mampu ia dipadam,
biar Aku mati sekalipun,
Biar Cinta itu Diracuni sekalipun!
Cinta akan kekal menjadi Cinta!!
Aku Cintakan kau ...... Sampai bila bila.

Selasa, 17 April 2012

rasional terbuka

dua malam saya fikir
dari satu bulan ke satu bulan saya nak luah
saya mungkin tak cukup kuat
saya mungkin belum pasti
saya mungkin masih ragu ragu
semalam saya sendirian
saya duduk diam diam
saya bukak novel novel
saya hilang fokus bila part cinta tiba
saya ambil balance novel novel tu saya campak
semua masuk plastik!!
saya ikat plastik tu then saya campak atas almari!!
tiba tiba saya pandang then saya fikir balik!!
eh kenapa nak simpan semua novel cinta??!!
kenapa tak bakar je!!
eh lemahnya saya!!!!!!!!!!!!!!!!
setelah sedar segala masalah takkan selesai jika kita sendiri
tidak cuba ambil tindakan lalu saya keluarkan semula
semua novel novel cinta tu dan saya susun satu per satu!!
cantik kan... indah segala bait bait nukilan pada setiap novel itu!!
jadi saya bangun pagi ni saya ambil phone dan saya terus text awak
saya just nak cakap as long as kita masih hidup kan elok kita kawan!!
buang segala benci buang segala pedih buang semua tu
kita campak perasaan itu jauh jauh
kita nantikan sama sama siapa jodoh kita kan!!
percayalah awak. jika kita ditakdirkan
kemana pun kita akhirnya akan tetap bersama kan!!
so jangan sedih jangan geram jangan marah!!
kita manusia kita tak sempurna
okey hari ni saya kuat kerana masih mampu bernafas dan masih dipinjamkan nyawa
jika suatu hari takdir saya tiada selamanya
saya harap saya di ampunkan ^_^

Isnin, 16 April 2012

DAN SEBENARNYA

meneliti bait bait ayat 
bait bait puisi indah hamid si furlud
aku diam...
aku bangun 
aku ambil kunci
aku baring balik
aku duduk semula
aku campak kunci
aku on laptop
aku cari twitter!!
aku dapat DM!!!
aku baca DM!!
"WOiii  budak hitam, kau tak payah la nak badjet bagus nk 
kawan2 konon dgn awek aku!! kau agak agak sikit nnt aku cari kau
aku pukul kau tau la"
KERAS BUNYINYA!!
aku tutup DM!!!
aku fikir lagi
salah ke nak kawan dengan semua orang??!!!!
salah ke??!!
woiiiiii salah ke???
aku bukan normal macam korang tau
aku manusia yg dianugerahkan penyakit
buah pinggang tahap akhir!!!
biar aku tak di beri rasa bagai mana dicinta i kekasih!!
tapi biarlah aku sendiri rasa bagaimana rasa dicintai rakan2
kasih sayang antara sahabat- sahabat!!
salah ke aku cuma nak rasa kasih sayang
selai dari keluarga!!
tak apa kalau tak boleh
biar lah aku sendiri sendiri
kalau itu salah aku sanggup jadi kera subang!!
aku tak mahu org lain sakit kerana aku!!
tapi kalau aku sakit pun aku tak rasa ada yg memahami!!
cukuplah
biar aku dengan jiwa kacau aku!!
aku letih hadapi orang2
yang takut dengan bayang bayang aku!!
dah la... 
aku letih.. sangat letih...

Selasa, 10 April 2012

mak abah lagi!!

kenapa kita perlu mengeluh!!
mengeluh dengan emak??!!!
mengeluh dengan abah??!!!

sepatutnyakan kita ni perlu sedar
aku pun sebenarnya baru sedar
sepatutnyalah kita semua x perlu mengeluh dengan
emak tak pun abah!!
sebab mereka banyak berkorban
jaga kita n bagi yang terbaik utk kita
cuma kita kita je biasanya tak sedar kan!!

memangla mak abah kadang kadang
membebel kat kita kan!!
than fikir balik
mmg patut pun kita kena bebel!!
yelah kita buat macam macam kesalahan
tapi kita je takrasa salah sebab kita tak berapa pikir
dengan betul betul!! betul!!

ha jadi lepasni tak payah  la kita
mengeluh bila mak abah kita
mintak tolong kan!1
aku harap aku mampu tidak mengeluh untuk mereka!!
fuhhh sama sama kita berubah!!
jyeah!!!

Selasa, 3 April 2012

hargailah MEREKA

benar aku salah
marahi aku
pukullah aku
terajang lah aku
kau terajanglah biar sampai aku sedar
kau sepak kepala aku
kau tumbuk perut aku
kau buat lah apa kau suka
aku rela sebab aku salah!!

kau!!
memang kau marah benar aku
tapi kau tak mahu terajang
tampar sepak pukul
kau tunjuk aku lagi apa perlu
apa tidak 
apa harus 
apa sebenarnya perlu aku lakukan!
kau ajar aku berjalan lurus walau pun
aku sudah jauh menyimpang!!
kau pimpin aku
kau tegur aku 
kau tarik aku 
dari lencongan lencongan 
binatang haram apatah
aku pun tak sedar
kau cepat sedar kerana
kau terlalu sayang kan aku!!

dulu sewaktu kecil 
nyamuk lalu kau datang bunuh
angin kurang kau beli kipas
badan masam kau sapukan bedak
perut masuk angin kau bagi minyak yue yie!!

mak abah terima kasih
membimbing aku
terus menjadi seseorang yang mampu
berfikir mana benar mana salah!!
mana api mana air
mana kawan mana lawan
mana kekasih mana kukasih!!
tanpa kalian aku hanyut tak tahu kemana!!
Sayang MAK ABAH!!

kita kau aku dia mereka sesiapa saja!!
yang masih ada MAK ABAH 
mari kita hargai mereka!!
kerana kita ada mereka sekali seumur hidup!!
seorang selama-lamanya!!
MAK ABAH <3


jika kita marahi mengapa kita di kongkong!!
cuba kita letak kan pemikiran kita di tempat mereka
apakah kita sendiri bila sudah ada anak sendiri
 membenarkan untuk anak anak kita keluar larut malam??
Tepuk Dada tanya DIri??!!
tak salah jika kita berfikir jauh!!
sayangi MAK ABAH sementara kita HIDUP!!



Sabtu, 31 Mac 2012

kita manusia

perjuanggan aku sebagai seseorang anak seni sangat berliku
ada pasang ada surut
ada gelar aku pak pacak ada kata extra ada lagi hinaan berat aku terima
aku kutip segalanya dari semua sudut
dari semua tempat
dari semua rasa
dan dari semua itu aku kumpulkan ia kedalam satu kotak kecil
ia lebih kecil dari otak kita
tapi sebenarnya ia hebat!! 
kerana segala perasaan kita 
kita mampu simpan elok elok
kita semat dalam dalam
segala rasa dalam kotak kecil tadi!!!
siapa pun tak nampak
kau
aku
dia
bapak dia
atok dia
monyang dia
kita semua tak nampak 
tapi kita lebih hebat
sebab kita mampu rasa hayati fahami dan selami!!!


ada kosa kata yang pincang kita kita selalu guna
kita kita selalu pakai
kita kita selalu tak perasan
yang kita kita juga
selalu terlepas pandang
tentang kata kata kita terhadap orang lain
mungkin kita berkata kita tak rasa
mungkin kita rasa kerana kita fikir kita benar
mungkin kita  luah sebab nak dia faham
tapi hakikatnya kita menyakiti!!
dan jangan lah kita marah jika kita 
disakiti
dimarahi
dikasari
cuma beringgat janganlah antara kita
kita kita maksud aku
kau dia aku mereka sesiapa saja
tolong jangan sampai menghina!!
jika kau aku hina apa perasaan mu???
ops!!!!! jangan jawab!!!
tepuk dada tanya diri!!
aku mencurah kan sedikit rasa untuk
kita kita semua fahami!!
tentang hinaan!!
aku yakin bukan anak seni macam aku je terima hinaan!!
kalian juga pernah kan.. kalau yg tak pernah tu syukur
kalian bertuah!!

hayati kehidupan sebelum kita tak sempat menghayatinya!!

Selasa, 27 Mac 2012

celaka lah macam ni

berdarah jiwa semekar bunga mawar yang mekar didada tanah cameron
darah itu mungkin sukar di rawat kerana bukan berkaitan cinta
ini berkaitan siapa perlu tolong siapa
atau siapa yang perlu kawal siapa
atau siapa yang perlu jaga siapa
adakah pihak kita perlu perhatian lebih
atau pihak mereka perlu perhatian lebih
oh rasanya mereka lagi penjenayah dari penjenayah yang di tahan
disaman dan disebat tu!!
aku ada pengalaman mereka mahu PAU aku habis habis
sbb aku bawak moto tertinggal lesen
pehhhhhh itu satu
kalau betul aku salah mengapa dan kenapa tak saman je aku
siap cakap "dik bagila kitorang dduit kopi 10 ke 20 ke jadi lah"
ciss disebab kan benggang aku lari terus dari dua ekor monyet tu
tapi kali ni lain kalau kalian perasan banyak
mereka mereka langgar undang undang
mereka boleh memandu laju laju walau pun tak ada kecemasan
langgar lampu biasa
parking tempat x boleh parking pun biasa
jadi kita rakyat biasa hanya boleh tengok je ke??
yela kita tiada buku saman untuk kita saman kan
aku rasa kalau aku ada buku saman ramai dah aku saman diorang
cisssssss aku rasa Tak adil sangat macam ni
pasti aku usulkan sesuatu ke ADUAN RAKYAT DAN PERDANA MENTERI
siap lah!!

Isnin, 26 Mac 2012

oiii polis sila ambil perhatian

apakah maksud sebenar undang-undang??
series jujur aku cakap aku tak faham apa makna undang undang bagi 
pihak pihak kononnya penjaga undang undang negara!!
satu keluhan yang sebenarnya aku sendiri tak tahu siapa bakal mendengarnya
mungkinkah aku akan ke isa bila menulis artikel ini??
kalau iya pun aku ke isa walaupun isa telah dilupuskan
aku harap pihak penjaga undang undang dapat beri penjelasan kenapa aku perlu kesana!!


begini perasankah kalian setiap kali kereta peronda melakukan tugas
mereka kebanyakkannya tidak memakai tali pinggang keledar seperti mana yang
mereka tegaskan siap berakta undang undang kerajaan Malaysia kepada rakyat macam kita!!
jika kita tidak pakai mereka saman
konon demi undang undang
tapi kenapa mereka sendiri tidak memakai?
perluka si penegas undang undang sendiri melangar undang undang??
siapa pula akan saman mereka??
hah mohon pihak atasan pengawal undang undang negara 
amik port pasal hal ini
tidak adil mereka begitu 
kerana rakyat melihat contoh dari pihak2 yang sepatutnya memberi contoh bagus
seperti kalian!!
gila siapa berani nak sound polis kan
silap silap kita kena balik
tapi aku berani kerana aku ada rasa TANGGUNG JAWAB PADA NEGARA!!

Sabtu, 24 Mac 2012

untuk kamu

kau bilang satu ku kata seribu
kau kata itu aku kata ini
kau marah aku ku layang lagu
kau beri kata dua 
aku takut 
lalu aku dakap mu erat erat


kurebah dalam nada suaramu
gemersiknya menjatuhkan 
amarah dalam jiwaku
tersandung aku kerana gelagatmu
senyummu mampu menghilangkan gusarku
payung ku kau sapu
untuk kita sama sama
duduk berdua didalam satu payung


kau gengam erat tangan ku 
saat aku mahu rebah dalam tasik
ciptaan kita
kau perempuan aku lelaki


cinta tak sempurna
cinta sempurna 
bila kelemahan ku ialah kekuatanmu
dan kelemahanmu pelengkap hidup ku

tolong la faham sikit!!

satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh!!
bukan kira nombor sebab nak main toto sport mahu pun magnum
aku mengira berapa ramai orang lagi yang akan datang
mempermainkan jiwa raga aku untuk ke berapa kali aku  pun x tau
aku tahu lah aku bukan yang terbaik
dan aku tak bercita cita nak jadi sempurna
sebab aku tak kan dapat sempurna tu
come on subjektif kan sempurna tu
mungkin garapan seseorang tentang sempurna tu pun cukup berbeza

ahh semak!!!
jari jemari aku berenang renang atas penombol huruf!!
 wah berlari lari air mata jantan bila memikirkan 
mengapa kenapa dan apa harus aku lakukan sebenarnya
salah aku kah?
salah mereka kah??
salah siapa sebenarnya???
mungkin salah atok nenek dia dulu
sebab tu dia buat macam tu
kan karma tu wujud!!!
eh eh 
sial apa nak salah kan orang lain
aku sendiri tak tahu apa salah silap aku kan
cukup untuk aku muhasabah diri dah la kan
biar kan!!!!!!!!!!!!!! 
semua terjadi mesti bersebab

dah la bebel punya bebel aku pun tak tahu 
salah keparat siapa sebenarnya 
penyebab aku meroyan  malam ni
ok dah tutup buku
masuk tido
fikir happy happy 
maaf lah aku meroyan!!!

aku tertekan dengan orang orang 
yang bagi harapan tapi sebenarnya
mereka mempermain kan........
dah la semoga diorang bahagia nanti!!!

aku harap korang pembaca yang sudi baca ni
jangan lah memberi harapan..
kalau ye kau suka laki or pompuan tu
cukup sekadar kau kata
"lebih baik kita kenal kenal lelame dulu"
ha gitu.... 
tapi if korang dah ada bf/gf 
sila bagi tahu awal2
supaya si pencinta kalian 
tak lah simpan perasaan mendalam sangat

sakit tau memendam dan bila diluah kan di tolak kerana orang lain
macam di operate perut 7 kali
kenapa aku cakap macam ni???
sebab aku dah lalui operation kt perut sebanyak 16kali 
ini serius

Jumaat, 23 Mac 2012

aku mengarut lagi cisssss

aku menghitung guna jari dari satu sampai sepuluh
aku fikir kenapa terlepas no lapan??!
orang cina kata 8 tu ada ong!!
peh tahyul lah tu tahu tak tahyul
jangan percaya sangat takut takut kita boleh terpesong
macam bangga diri jangan terlalu bangga sangat nanti jatuh
riak ha dah tak pasal pasal berdosa dah kita kan,.....
aku duduk atas sofa menghadap telivision Full HD 
teknologi samsung yg incinya mencecah 40!!

aku tergoda lihat aksi pemain dan pelaku 
filem GI JOE!!! 
pehhh kalau aku juga diberi pilihan untuk mendukung watak
pasti aku minta jadi pengemis!!!
kerana pengemis darjatnya lebih tinggi dari 
orang orang yang mengambil kesempatan
dalam kesusahan orang lain
cilaka!!!
aku sentiasa berdoa jangan lah aku jadi seperti ini
menurut kasih al hadad
semua orang perlu menelaah untuk menjadi hebat lebih dari
eistein!!
tapi jujurnya bagi aku memahami itu lebih bagus dari menelaah!!
dah la aku tak tahu kenapa aku update
mungkin melepaskan gian setelah lama tidak 
memegang keyboar acer aspire4736z ni
lebih kurang sangap jugak lah
dah la 
aku rasa aku nak beradu!!
maaf aku melalut
maaf jika ini salah
maaf aku manusia tak sempurna
sekian
terima kasih sudi baca

Khamis, 22 Mac 2012

Bahagia Mu Bahagia Ku

senyum mu tawa mu
membuat hati ini rasa bahagia
sakit mu sedih mu
aku seakan mati waktu itu
tutur mu bisik mu
aku seakan hidup lebih seribu tahun lagi
aku hargai dan ku simpan 
jelingmu amarah mu
jadi nadi dalam nafas ku
kini kau sendiri
tak lagi kita bersua 
dihati kecil ku ini kau tetap disini 
dan akan terus di situ!!
kerana kau tetap kau
dan kau hanya satu dalam berjuta
tuhan berikan dia ketenangan dan kebahagiaan
walau bukan dengan aku
aku mahu dia bahagia selalu!!




*sebalah blackberry depan tv atas kerusi malas oh aku malas*

cinta jangan macam kura kura

mak pernah pesan dalam dunia ni jangan jadi orang yang lambat lambat
buat apa semua nak lambat lambat
buat apa semua nak tangguh tangguh
buat apa semua mesti nak berulang kali
jadi bila jadi perkara perkara ni dengan secara automatiknya
sure kita akan jadi orang yang lambat lambat!!


begitu juga pesan emak untuk cinta!!
ha mak saya sporting tau... ahahaha
kata emak kalau dah jumpa seseorang yang saya rasa
dialah perempuan yang bakal melengkapkan rusuk kiri yang hilang
dialah yang akan menyempurnakan kekurangan saya
dialah yang akan melewati hari hari indah riang ceria sedih pedih saya
dialah perempuan yang sanggup sedarkan apa saja kesalahan saya lakukan
dialah perempuan yang sanggup terima kekurangan saya sebagai kesempurnaan hidup dia
dialah perempuan yang terima saya apa adanya


jika saya dah jumpa perempuan begini
mak pesan jangan jadi macam kura kura
takut baru kura kura jalan setapak dua
habis si Arnab dah sambar!!!
pehhhh time tu kan mesti hampa kecewa
jadi mak pesan bila dah jumpa cinta hati
luahkan perasaan dan jujur dekat cinta tu
yang penting biar dia tahu
tapi sekiranya dia tak terima cinta kita
kita perlu lah redha 
kerana percayalah pasti tuhan akan temukan kita dengan 
seseorang yang terbaik


jadi semoga kita semua berani hadapi kenyataan tau
eh eh zaman sekarang dah tak relevant pakai ayat
perigi cari timba
sebab dari zaman rasullullah pun dah ada kisah begini
so pedulilah apa orang nak cakap
kita jadi diri kita sudah!!


semoga kalian juga Bercinta Jangan Macam Kura Kura

Rabu, 21 Mac 2012

oh NAJWA LATIF

oh oh yeah!!

si gadis manis yang bakal berusia 17 tahun pada 23 may ni ^_^
ok ni nak share BIodata dia sikit la.si gadis manis yang bakal berusia 17 tahun pada 23 may ni ^_^
ok ni nak share BIodata dia sikit la..
                                                     Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif
Nama Pentas: Najwa Latif
Tarikh Lahir: 23 May 1995
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor
Tinggi: 155cm
Berat: 47kg
Umur: 17
Status:Pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.
Laman Sosial: Blog: blog officiall najwa latif
Facebook Fanpages: najwalatif
Twitter : @njwalatif
youtube : www.youtube.com/najwa595


ok mungkin aku agak ketinggalan nak bercerita tentang najwa latif
salah satu sbb aku lambat laptop ni rosak so susah nk update hhahaha
ok najwa latif 
saya doakan awak semoga suksess selalu
berjaya dalam apa saja yang awak lakukan


eh korang dengar lah lagu lagu wawa
1.cinta muka buku
2.carta hati
3.sahabat
4.i love you
5.kosong
dan lagu baru sleeq feat najwa latif untuk dia
saya die hard fans Najwa Latif 
wawa i love u...
ok saya tahu ini sweet 
comel
^_^

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

mari lah semua join join 
pehhhhhhhhhhh!!!!

APA ITU DIALISIS

tahu kah anda tentang DIALISIS?!!


apa itu dialisis??

Dialisis ialah treatment untuk seorang pesakit Buah Pinggang Tahap akhir!!
yang telah mengalami kegagalan buah pinggang
sama ada buah pinggang rosak, kecut dan tidak berfungsi utk menapis!!

Dialisis ada 2 bahagian 
bahagian pertama Cuci Darah

Cuci darah ialah mencuci darah dari badan yang melalui mesin dialisis mengunakan 2 jarum keluar masuk dan mesti dibantu oleh fistula
#Fistula ialah seperti bateri cuma fungsinya ialah menyambung urat jantung dan urat nadi ketika
melakukan dialisis cuci darah!!
cuci darah untuk membantu pesakit buah pinggang menjalani kehidupan dgn menapis dan mencuci darah
dari kotoran2 dalam badan 
biasanya treatment ini dilakukan 3kali seminggu!!

Bahagian 2 Cuci Air

cuci air lebih kurang dgn cuci darah cuma ia di pangil APD atau CAPD
APD mengunakan mesin dan dilakukan pada setiap malam, pesakit akan bergantung dengan mesin selama
10jam setiap malam!!
mana kala CAPD ialah secara manual, pesakit harus menukar air dari perut ke beg kotoran setiap 4 jam
ia lebih susah berbanding cuci darah kerana APD/CAPD perlu pastikan anda dalam keadaan
SENTIASA BERSIH!!

jadi pesakit buah pinggang tahap akhir ini kebiasaannya tiada ubat untuk sembuh dan mereka harus menjalani rawatan hingga akhir hayat KECUALI!!!
ada penderma Buah Pinggang!!

jadi kepada anda yang masih sihat
silalah banyak minum air suam untuk kesihatan buah pinggang anda
jagalah dan sayangi lah diri anda!!

Saya ialah salah seorang PESAKIT BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR
dan melalui Treatment CUCI DARAH setiap 3 kali seminggu
cuma syukur saya seperti orang biasa
cuma kegagalan buah pinggang saya berlaku tanpa sebab
kerana saya tiada tanda2 dan doktor mengesah kan mereka sendiri tidak dapat tahu mengapa 
saya mengalami penyakit buah pinggang ini!!
oh saya melalui dialisis sudah 3 tahun
dan bermohon supaya adalah seorang yang akan menderma buah pinggangnya kepada saya
suatu hari nanti AMIN.....
untuk tanya mengenai buah pinggang dan penyakit atau symtom2 kegagalannya boleh la tanya saya lagi
di http://twitter.com/JamalArifRosman 

Saya juga PESAKIT BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR!!

Selasa, 20 Mac 2012

susah bila macamni

susah bila orang tua yang berfikiran dia je betul
sampai bila ada usul orang muda muda pun dia kata 
bodoh la kelakar la apa lah itu lah...
kau kene faham kenapa orang buat sesuatu perkara
kenapa orang usulkan satu perkara
kau pun bukan bagus sangat 
kau pun suka je kutuk kutuk orang komen negatif kt orang
kau rasa kau bagus ke...
kau kata benda yg orang usul tu lawak kan,...
tapi aku rasa kau lagi lawak la 
ahahhaa
aku cuma pening macam mana lah kau disanjung sedangkan kau tak
lah BERISI SANGAT
ramai lagi bagus kot...
hmmmmm 
oklah oklah buat apa nk pening pasal kau rugi lah aku
pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
aku pun dah memburukkan orang ni cissssss
susah macam ni
aku nk pertahankan orang lain 
aku terpaksa burukkan orang lain
cisssss sangat
ahhh
Susahla Macam NI

semak

merapati  sisa sisa dini hari aku dibelengu
masalah anguan multimedia
kerana aku tidak mampu tidur ekoran dari
twitter dan blog walking tengah pagi!!
dalam tak sedar dah jam 4 dah pehhhhhhhh
gila ini memang gila
aku yg letih dari pagi belum dapat rehat
tah kenapa multimedia ni sangat menganggu emosi aku sekarang
series aku sakit hati kejap
ahh semak

salam tahun baru

lama aku tak menulis setelah lama laptop rosak tak di baiki dan kini dah pulih dah laptop!!
banyak kisah nak cerita banyak benda nak di luah
cuma bila aku duduk depan laptop
aku pikir nak tulis yang mana?? 
ahhhh semak aku pun tak tahu mana nak mula...
nak cakap salam tahun baru ni pun dah bulan 3 dah hujung2 dah 2 ke 3 hari lagi org semua
dah dapat gaji kan???
ahahaha apalah jamal arif rosman nak bebel ni...
aku duduk depan laptop 
aku garu kepala
aku duduk lagi
aku tengok tv pulak
aku duduk lagi aku dengar lagu noh dgn ag rantai rasa cinta akustik version
ahhhhh
semak semua benda nak buat dalam satu masa mana boleh
jadi last sekali aku rasa aku x tau nak tulis apa
ahahaha
saja kot la aku rasa nak aktif kan diri dgn bloging balik...
rindu nak mampus habaq hang!!
ok lah saja nak bebel tengah pagi ni ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...