teman yang di kasihi!!

singah sini

Rabu, 21 Mac 2012

APA ITU DIALISIS

tahu kah anda tentang DIALISIS?!!


apa itu dialisis??

Dialisis ialah treatment untuk seorang pesakit Buah Pinggang Tahap akhir!!
yang telah mengalami kegagalan buah pinggang
sama ada buah pinggang rosak, kecut dan tidak berfungsi utk menapis!!

Dialisis ada 2 bahagian 
bahagian pertama Cuci Darah

Cuci darah ialah mencuci darah dari badan yang melalui mesin dialisis mengunakan 2 jarum keluar masuk dan mesti dibantu oleh fistula
#Fistula ialah seperti bateri cuma fungsinya ialah menyambung urat jantung dan urat nadi ketika
melakukan dialisis cuci darah!!
cuci darah untuk membantu pesakit buah pinggang menjalani kehidupan dgn menapis dan mencuci darah
dari kotoran2 dalam badan 
biasanya treatment ini dilakukan 3kali seminggu!!

Bahagian 2 Cuci Air

cuci air lebih kurang dgn cuci darah cuma ia di pangil APD atau CAPD
APD mengunakan mesin dan dilakukan pada setiap malam, pesakit akan bergantung dengan mesin selama
10jam setiap malam!!
mana kala CAPD ialah secara manual, pesakit harus menukar air dari perut ke beg kotoran setiap 4 jam
ia lebih susah berbanding cuci darah kerana APD/CAPD perlu pastikan anda dalam keadaan
SENTIASA BERSIH!!

jadi pesakit buah pinggang tahap akhir ini kebiasaannya tiada ubat untuk sembuh dan mereka harus menjalani rawatan hingga akhir hayat KECUALI!!!
ada penderma Buah Pinggang!!

jadi kepada anda yang masih sihat
silalah banyak minum air suam untuk kesihatan buah pinggang anda
jagalah dan sayangi lah diri anda!!

Saya ialah salah seorang PESAKIT BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR
dan melalui Treatment CUCI DARAH setiap 3 kali seminggu
cuma syukur saya seperti orang biasa
cuma kegagalan buah pinggang saya berlaku tanpa sebab
kerana saya tiada tanda2 dan doktor mengesah kan mereka sendiri tidak dapat tahu mengapa 
saya mengalami penyakit buah pinggang ini!!
oh saya melalui dialisis sudah 3 tahun
dan bermohon supaya adalah seorang yang akan menderma buah pinggangnya kepada saya
suatu hari nanti AMIN.....
untuk tanya mengenai buah pinggang dan penyakit atau symtom2 kegagalannya boleh la tanya saya lagi
di http://twitter.com/JamalArifRosman 

Saya juga PESAKIT BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR!!

2 ulasan:

Aniz Johan berkata...

Maaf. Tumpang tanya. Berapa kos untuk cuci darah ye

vitaminsuperb.com berkata...

As salam. Nice info. Nenek saya pesakit diabetes yg kini menjalani rawatan hemodialysis. Baru-baru ini dia disahkan terkena jangkitan kuman dlm darah & doktor mencadangkan dialysis air.

Berapa kos rawatan dialysis air jika dirumah?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...