kau bilang satu ku kata seribu
kau kata itu aku kata ini
kau marah aku ku layang lagu
kau beri kata dua
aku takut
lalu aku dakap mu erat erat
kurebah dalam nada suaramu
gemersiknya menjatuhkan
amarah dalam jiwaku
tersandung aku kerana gelagatmu
senyummu mampu menghilangkan gusarku
payung ku kau sapu
untuk kita sama sama
duduk berdua didalam satu payung
kau gengam erat tangan ku
saat aku mahu rebah dalam tasik
ciptaan kita
kau perempuan aku lelaki
cinta tak sempurna
cinta sempurna
bila kelemahan ku ialah kekuatanmu
dan kelemahanmu pelengkap hidup ku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan