teman yang di kasihi!!

singah sini

Rabu, 5 Januari 2011

terima kasih kerana menyedarkan aku!!

2011 baru jea 5 hari.. tapi realitinya tahun nie banyak mendatangkan kesedaran buat aku.


  1. aku dah tua beb!! ahahaha walaupun belom betul2 umur aq mencecah 20-an tapi aku dah rasa yang ia memang semakin hampir dan bermakna aku harus menghadapi segala komitment akan datang.
  2. realitinya adek-adek dan kakak saya yang dulunya kecil sekarang masing-masing dah dewasa,remaja dan adik comel last saye tu, saya dah tak boleh anggap dia baby lagi.. hahaha.. macam x percaya. dulu time kecik-kecik time tu aku dengan kak mira kitorang selalu gado bab mainan tapi biase la.. dah nama       kak long dia jea selalu menang!! tipu tipu tipu!! hahaha rindu zaman tu.. rindu nak main bola Chop dengan  along  walaupun along selalu jea menang sebab adew abang peace!! hehehe.. now time dah besar sikit dah adew dua orang adeq aq pulak buat kat adeq2 camtu.. hahaha(tanak kalah tu) ngee... tapi now aqilah adeq aq no2 yang selalu tolong aq(hahaha padahal aq suka arah dia) dah masuk sekolah menengah!! satu perasaan yang pelik menyelubungi aq bila tengok dia pakai uniform sekolah menengah!! aq jadi macam nak protect dia lagi tak  tau kenapa.. aq rasa hilang rasa nak kacau2 dia.. and sama bila tengok adeq comel aq yang last tu beruniform sekolah rendah!! 
  3. aku mulai rasa apa yang mak n abah rasa dulu kini dan selamanya.. macam mana rasa susah nak cari duit untuk menyara kami.. lagi-lagi bila aq start sakit buah pingang!! beribu duit diorang abis.. kesian diorang.. ye la satu pengorbanan man n abah sampai tahap nak derma buah pinggang dorang kat aq.. tapi allah maha berkuasa dan mereka tidak layak untuk itu!! 
  4. aq mula rasa sukar untuk berkomitment walaupun sekarang aq sedang berusaha menjana pendapatan sendiri untuk menampung hidup aq dan tolong support family n adeq2 aq!! but actually tuk support treatment aq yang beribu harganya tu... aq mula berperasaan dah x nak susahkan keluarga aku lagi!!
  5. aq mula jadi hardworking sebab nak cari job dari mana saja sampai ape pun kerja selagi aq mampu aku akan amek x kira ianya besar atau kecil. aku tak mahu mengharapkan mak dan abah atau along lagi.. aku kini semakin dewasa.. pelajaran aq dah pon aq tinggalkan.. dan aku harus berfikir kedepan untuk itu
  6. aku tahu kematian itu hampir dan aku harus membuat banyak amal.. kerana tiada siapa tahu mati itu bila, (aku selalu tersengeh-sengeh bila teringgat pesan segelintir kawan aku, diorang cakap yang kubur dah dekat dengan aku!! ) ye lah mungkin diorang akan hidup lagi 100 tahun kot!! tak pa lah yang penting one day we all going for that kan.. bila dan dimana kita tak tahu
  7. jodoh!! aq x mengharap sangat tapi still perasaan tu ada..ye la kalau panjang umur aq x nak membujang sampai ke tua kan.. nak jugak kawin adew family jugak!! sekarang aku x mahu dah menceri biarkan cinta itu datang sendiri.. sebab bila cinta dicari ia pasti pergi!! tapi cinta yang datang dengan sendiri tu biasanya kekal. 
dan banyak lagi perkara-perkara yang  menyedarkan aku.. tentang siapa sahabat, siapa lawan, tapi aq tak anggap mereka lawan.. sebaliknya aq cuba belajar mem positif kan diri.. mungkin mereka juga perlu ada untuk aku berubah daripada  orang yang mereka benci, kepada orang yang mereka suka untuk berkawan.. pengalaman dah banyak mengajar aku, kesilapan dulu juga banyak menyedarkan aku.. 
terima kasih kepada sesiapa yang sudi menasihatkan aku untuk berubah!! ye la sebagai manusia biasa, aq tak lari dari kesilapan yang dilakukan didunia ini.. dan aq tak nak cuba jadi perfect sbb aq tau kalau aq cuba tak kan menjadi sebab tiada siapa perfect!! 
aku sedar... aq bukan anak yang baik,aku bukan adeq yang baik, aku bukan abang yang baik, aku bukan sahabat yang baik dan aku bukan kekasih yang baik!! cuma beri aku peluang untuk memperbaiki segala kesilapan dulu dan menjadi seorang insan yang mungkin baik dimata kalian.
dan yang penting aku sedar memang aq tiada kekasih sekarang tapi kekasih sejati aku dia yang satu!! 
syukur kerana tuhan memberi aku nafas untuk mengharungi perjalanan hidup seperti hari ini.!! alhamdullillah.. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...