Fungsi Rumah Aktor Seniman
BAGI melahirkan pelapis-pelapis baru dalam dunia lakonan yang berilmu, berkualiti, mampan dan mantap, Persatuan Seniman Malaysia, telah memperkenalkan Rumah Aktor Seniman yang bertujuan untuk memberi pengkhususan ilmu lakonan yang penuh kehalusan seni dan etika.
Kursus yang menawarkan program latihan peringkat sijil itu akan diadakan dalam jangka masa 13 minggu iaitu lapan jam setiap minggu.
Seramai 30 orang pelajar akan menjalani kursus tersebut yang akan diadakan di Taman Budaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran melalui penglibatan secara telus daripada pihak industri dan tenaga pengajar profesional serta jalinan kerjasama dari Aswara.
Para pelajar akan turut dilatih untuk memantapkan penggunaan vokal dan mengenali perasaan serta deria rasa selain memberi latihan langsung melalui monolog untuk membantu pelajar cara menghafal dan memahami maksud dialog dan perwatakan.
Sebanyak empat mata pelajaran akan diikuti oleh semua pelajar iaitu teori, pergerakan, vokal dan persembahan serta asas lakonan.
Bagi menjayakan kursus tersebut, Presiden Seniman, Harun Salim Bachik akan memegang peranan sebagai penasihat, manakala penyandang jawatan pengarah projek ialah Yusof Kelana dan pelakon berpengalaman, Zul Huzaimi pula dilantik sebagai pengetua Rumah Aktor Seniman.
Menurut Harun, pelajar yang sedia ada telah diuji bakat terlebih dahulu dan bukan semua yang hadir terpilih untuk mengikuti kursus itu.
"Kami tidak ambil sebarangan. Semuanya melalui uji bakat dan kami juga tidak mahu ambil dalam bilangan yang ramai kerana bimbang sukar untuk memberi fokus kepada pelajar nanti.
"Sememangnya ramai yang ingin menjadi pelakon terutama golongan remaja dan dalam program ini, kami tidak mahukan pelajar yang hanya inginkan populariti kerana apa yang penting ialah bakat yang terpendam dalam diri mereka.
"Saya tidak mahu mereka semua hanya belajar ala kadar kerana saya mahu mereka menjadi pelakon yang bagus," katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran Rumah Aktor Seniman di Finas, baru-baru ini.
Sementara itu, Zul Huzaimi yang memikul tanggungjawab selaku pengetua memberitahu, kebanyakan pelajar yang menyertai kursus itu mempunyai bakat lakonan, namun mereka tidak menyedari akan anugerah itu.
"Bagi saya, apa yang penting ialah matlamat mereka untuk menjadi pelakon. Dalam masa yang sama, saya juga ingin menghasilkan pelakon yang mempunyai pemikiran dan berilmu.
"Saya akui saya memikul satu tanggungjawab yang amat besar untuk melahirkan pelakon yang berilmu dan berkualiti dan saya juga ingin melahirkan rasa bangga kerana masih ada lagi generasi yang mahukan ilmu," jelasnya dengan serius.
Kursus tersebut telah bermula sejak 22 Januari lalu dan selepas tamat, mereka yang ingin meneruskan pengajian perlu menduduki ujian sebelum meneruskan pembelajaran mereka di Aswara.
7 ulasan:
aswara. ramai pelakon2 mua dilahirkan dari sini.
congrate bb pengetua kami juga dari aswara!! tapi saya dibawah rumah aktor senimam dibawah pengelolaan seniman Malaysia!! ^_^
study aswara eh??
hye..
bru sye thu hal nie..
sye ade gak mmber yg dulu jd pnari dkat aswara..
aswara...
hurm,best ke ea?
p/s: yeah,,kelab single..hoho
tapi nie bukan under aswara tau.. cuma dia diajar oleh beberapa orang lecture diorang iaitu.. cik k@ma, en.rosman ishak dan kak shery!!
^_^ kitorang under seniman.. first time diadekan di malaysia!! nnt support kami yea!!
aswara best (:
ayienchan adakah anda student aswara??
Catat Ulasan