ya, dunia, dunia,dunia.. dari kecil sehingga aku dewasa.. tengok sekarang dah macam bapak orang dah!!
hah ape yang sering aku dengar semua tentang dunia!! naik pusing kepala aku, ya memang aku anak orang kaya,
bapaku ada segalanya, bangunan sendiri,rumah banglo 5 tingkat,kereta mewah,anak ramai,rumah sewa banyak, syarikat lebih dari 30!! hah. kaya kan.. memang aku tak nafikan ini semua kerana aku juga dibelikan satu kereta mewah sempena dapat lesen kereta!
namun dalam kemewahan duniawi ini sebenarnya aku miskin perkara lain.. miskin aku ini mengalah kan pengemis yang meminta duit daripada orang yang lalu lalang di kaki lima.. sedangkan pengemis di jalanan itu aku rasa mereka lebih bahagia daripada aku!!
dari kecil aku tidak pernah merasakan kasih sayang!! dan aku tak pernah mengerti apa itu kasih sayang kerana keluarga aku sendiri tak pernah mengajar aku erti kasih sayang. ayah sejak aku kecil sampai aku dewasa, bila pagi aku buka mata tak pernah aku jumpa dia.. katanya pada aku dulu hidup nie, kalau tiada duit kita akan susah!! sebab itu dia pagi-pagi dah pergi kerja katanya rezeki mura nanti!! sampai aku nak pejam mata pun masih tak jumpa dia!! ibu sibuk dengan pelbagai persatuan.. hah katanya persatuan tu penting.. kalau tak kawan-kawan mak datin dia x nak berkawan dengan dia!! iya, dari aku kecil bibik jenab yang banyak mengajar aku erti kehidupan.,agama dan berdikari.. kata ayah dan ibu agama penting.. tapi aku tak pernah lihat mereka sendiri melakukannya. aku nasiblah ada bibik jenab yang mengajar. ya sebenarnya aku ini miskin dan aku tak tahu bila aku akan bahagia.. kerana hidup aku anya ada aku sahaja, aku tak rasa adanya ayah dan mak kerana mereka tiada masa untuk membesarkan aku!!!
ini bukan kisah aku.. ini monolog yang aku tulis tapi ianya tidak habis disini kerana ini sedikit cerita monolog aku untuk berkongsi bersama kalian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan