teman yang di kasihi!!

singah sini

Jumaat, 12 November 2010

jangan menyesal di kemudian hari!!

Beringat sebelum terkena!! Ini pesanan aku buat kalian.. yew bukan nak menakut-nakutkan kalian, Cuma beringgat sebelum terkena, kisah ini ialah kisah  mengenai diri aku sendiri, aku hanya bercerita, tiada niat untuk bangga diri, berlagak hebat, bermegah-megah, sekadar untuk kongsi rasa dan pengalaman yang sedikit daripada aku untuk kalian.
Aku bersyukur kerna masih di beri nafas, di beri peluang untuk melihat matahari terbit di sebelah pagi dan bulan tiba di malam hari, masih terdengar kokokan si ayam mengejutan kita untuk bersolat subuh.. masih mendengar gongongan anjing yang mengawasi persekitaran kawasan rumah jiranku, masih melihat pokok-pokok melentuk liur batangnya bila terkena angin.. dan bersyukur masih dapat mendengar azan memangilku beribadah!!
18 tahun tuhan memberi aku segala nikmat.. memberi aku rasa bagaimana seronok bermain “police and thief”, belajar bermain “ batu seremban”, bermain” kejar-kejar”, bermain “ronders”, bermain “galah panjang”, bermain “baling selipar” dan banyak lagi.. aku mengenal erti hidup yang banyak di bimbing oleh Emak dan Abah yang tercinta, sewaktu kecil jika salah mereka tetap layan,jika kelakuan ku betul mereka memuji-muji lagi, aku mahukan permainan “power rengers” dari pasaraya “T.S MEGA” emak melarang, tapi di sebabkan aku meronta-ronta, hendakkan permainan itu.. akhirnya emak membelikan juga..  ya ini namanya kasih sayang seorang ibu kepada anaknya..abah pula sewaktu aku sibuk melihat rakan-rakan ku memiliki “game tape” dan mereka bermain super Mario aku juga inginkannya, lalu aku minta permainan ini daripada abah lalu dengan senyuman indah , abah terus membelikan untuk aku… ya aku mengenal erti kasih sayang  daripada mereka!! Setiap insan perlu saling menyayangi bukan untuk dilukai.
Aku lalui 18tahun aku dengan pelbagai pengalaman..aku belajar berdikari… aku dibuli.. aku membuli.. aku dipukul.. aku memukul.. aku bergaduh.. aku di hentak.. aku ditipu.. aku menipu.. aku dianiaya.. aku menganiaya.. aku dirotan.. aku merotan.. aku disayangi.. aku menyayanggi.. aku di belai.. aku membelai.. aku di rawat.. aku merawat.. aku dihargai.. aku menghargai.. aku disakiti dan aku menyakiti… aku dibantu dan aku membantu..  hukum karma juga banyak mengajar !! ya aku mengaku memang hukum karma ini lah banyak mengajar aku juga erti kehidupan..
Sewaktu aku berusia 13 tahun aku mengenal erti cinta oleh seseorang yg pernah mewarnai hari-hari ku.. aku belajar bagaimana mahu menulis sepucuk surat cinta.. aku belajar memberi hadiah sebagai tanda aku menghargainya.. aku belajar erti pertelingkahan dalam percintaan, aku belajar suka duka dalam percintaan..ya oleh kerana ini.. rasa cinta ini masih utuh dalam diriku sehingga sekarang .. tiada siapa yang boleh menggantikan dirinya, bagi ku dia lah cinta pertama dan yang terbaik yang pernah aku ada.. bersyukur kerna tuhan mengizinkan perhubunganku dengannya walau pun cinta kami putus di tengah jalan tapi aku redha kerna apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya.. ya setelah putus cinta aku teruskan kehidupanku seberti remaja lain yang sudah mula berminat untuk bersukan.. aku mula belajar bermain bola sepak secara terperinci, aku belajar mengunakan computer dirumah, aku belajar bagaimana mengunakan talifon bimbit dan belajar bermain alatan muzik. Ya pengalaman aku memang tak sebanyak pengalaman kalian..
Selama 18 tahun tuhan memberi aku nafas untuk hidup.. macam-macam yang sudah aku lakukaan dulu setelah mengalami kekecewaan dalam percintaan aku terus kecewa dan perasaan kecewa yang membuatkan aku menjadi kuat makan dan tidak memikirkan tentang apa yang akan terjadi dengan penampilanku!! Sehingga aku menjadi gemuk!! Aku gembira.. segala apa yang aku ingin makan pasti akan ku makan.. segala apa yang ingin ku lakukan akan terus kulakukan dengan tidak memikirkan  apa yang akan terjadi kelak.. baik buruknya aku tolak tepi .. memang aku keras kepala dulu.. ya aku mengaku memang dulu aku sangat kebudak-budakkan..  ya sejak aku kecil memang aku banyak pindah sekolah… kerna abah seorang usahawan dan emah hanya pekerja kerajaan!! Aku bersekolah rendah di 3 buah sekolah serta 3 buah sekolah menengah dan kesemua budaya di setiap sekolah ini amat berbeda!!
Selepas tamat zaman persekolahan aku terus menyambung pembelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi.. untuk mendapatkan diploma aku mula menyambungkan pembelajaranku di MELAKA..dimana aku belajar erti berdikari tanpa emak dan abah!! Basuh baju sendiri, masak sendiri, makan sendiri, belajar sendiri, beribadah sendiri, beriadah sendiri, dan kebanyakannya sendiri!!!  Tetapi kerana desakan akhirnya aku berhenti belajar di Melaka!! Aku menyambung semula pembelajaranku di KLMU K.Lumpur..
Tetapi  harapan ku musnah kerna akhirnya, aku didapati mengalami penyakit buah pinggang tahap akhir, yang memerlukan aku untuk menjalani rawatan lanjut iaitu hemodialisis atau sinonimnya di kenali sebagai cuci darah!! Ya kini aku hanya menunggu penderma yang baik hati untuk menderma organ ini kepadaku!! Aku berharap  aku akan cepat mendapat penderma kerana ahli keluarga aku tidak di izinkan member buah pinggang mereka disebabkan darah kami berbeza beza, Abah berdarah AB, Emak berdarah O, Kak Mira berdarah A manakala adik-adik ku yang laen masih kecil.. dan mereka lebih memerlukan itu untuk hidup!! Aku memiliki darah jenis B+!! darah yang agak sukar didapati didalam dunia ini.. untuk rawatan aku, aku perlu melakukannya sebanyak 3 kali seminggu dan sekali rawatan mengambil masa selama 4 jam!! Tapi aku bersyukur kerana aku masih boleh bernafas lagi.. untuk pengetahuan anda doctor tidak dapat mengenal pasti punca kegagalan buah pinggang saya terjadi.. kes saya di spesifikasikan sebagai tidak tahu punca!!  Tapi saya redha kerana ada hikmah di sebalik semua ini terjadi..
Kepada anda semua.. hargailah kehidupan anda, bersyukurlah dengan apa yang terjadi sehingga hari ini.. belajar mengatakan terima kasih kepada semua orang, belajarlah bermaaf-maafan sesame makhluk.. terimalah hukum karma, hargai lah kehidupan anda selagi anda sihat , jangan lah sibuk mencari harta dunia sahaja.. cari lah harta untuk hari akhirat juga.. sama-samalah kita menjadi insan yang cemerlang!! Beringat lah sebelum terkena!!  ^_^
ops sebelum terlupa memandangkan ini entrie aku yang ke 100 pada tahun nie
pesanan aku kepada kalian sakit bukan satu alasan tuk kita tidak melakukan apa-apa yew..
yew saya sama seperti kalian cuma mungkin lebih kuat dari kalian!! haha




               pesanan ikhlas daripada:


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...