teman yang di kasihi!!

singah sini

Khamis, 31 Mac 2011

maaf jika ada yang terasa

cinta... eh bosan nak cerita topik ini.. mungkin sebab aku masih berdiri tegak kesorangnan 
dan bersama rasa yang kosong setiap kali mahu berbicara soal cinta ini....
bila melihat mereka berpimpin tangan
melihat mereka berbual mesra
melihat mereka bertumbuk sakan
sumpah aku rasa sedih dengan keseorangan yang telah lali aku lalui
sejak dia tinggalkan aku...
mencari cari sesiapa yang boleh aku bercerita tentang setiap rungkai tanya persoalan dan masalah
yang aku sendiri lalui huh aku sedar tiada siapa bersedia mendengar untuk itu...
yalah tidak semua cerita masalah aku perlu beritahu keluarga
kadang-kadan dan jarang-jarang ada persoalan yang perlu aku kongsi untuk meminta pendapat seseorang
tapi aku sedari tiada siapa lalu aku rasa seperti aku jatuh dari tingkat 88 menara berkembar petronas..
aku tak tahu kenapa malang nasib aku sehingga kini aku tak jumpa 
siapa yang patut mengisi ruang-ruang kosong yang dah lama kosong dalam hati aku..
aku mahukan
pendengar yang setia
pencerita  yang setia bercerita
pakarmotivasi untuk aku sendiri tahu apa kelemahan dan kebaikan aku
penghibur hati luka lara 
dan
pencinta serta sang setia yang boleh sentiasa disisi walaupun jauh..
tapi malang  sempat kah.. mampukah.. bolekah aku memiliki??
sehingga kini aku masih menjadi sigmunt frued yang menteorikan tapi itu...
aku tak mampu menjadi gestalt yang melakukan tanpa memikir risiko...
dan sejak dari kecil hingga umurku bakal mencecah 20 an ini...
aku sempat jumpa 3 orang yang bleh diertikan sebagai pencinta...
yang aku sendiri mengaku aku sayang tanpa pernah aku beritahu...
yang aku sendiri aku kasihi dan mengharap mereka tak pernah pergi...
yang aku sendiri akui yang aku tak pernah curang juga kepada mereka2 walaupun ada yang menduga...
aku berharap sewaktu dulu mereka lah cinta ku yang akan kekal!!
aku juga kecewa bila di tinggal kan dan memikirkan
adakah aku seorang kekasih yang gagal kerana sering ditinggalkan??
tak pernah aku meminta untuk meninggalkan mereka sebaliknya itu sering terjadi kepada aku..
ya.. seorang mangsa mungkin kalian fikir kan tapi itu pemikiran kolot bagi aku..
bagi aku aku tidak dijodohkan untuk bersama mereka dan aku teruskan hidup seperti biasa tanpa cinta
dan mungkin aku di serang penyakit FOBIA CINTA!! yeah itu akui.. 
bila ada perasaan yang aku mahu tapi aku takut dengan risiko..
cukup untuk aku bersuara dan bercerita tentang CINTA!! 
aku bahagia mengenali mereka,,
semoga mereka di rahmati allah amin...

kesempatan itu

menghitung jari-jemari sambil mencongak waktu di dinding bergerak itu...
aku kini lebih memahami apa yang perlu ada untuk menjadi seorang yang terus maju kehadapan
kehadapan bulan penuh.. kau bersedia suatu hari aku akan menjatuhkan kau ....
walaupun aku cuma sebatang pen yang kau anggap tak kan boleh untuk menjatuhkan kau
sebenarnya kau silap..
mungkin kau terlupa bagai mana kura-kura mengalahkan arnab bukan...
tiada mustahil didalam dunia ini.. aku tetap akan berdiri berlari mengejar mencari sesuatu untuk 
aku sendiri mengadaptasi dan menuntut untuk menjadi lebih bijak...
apa kau ingat teori teori stanisluvky, brecht, meyes, chekov. tu cepat kah?? ha jawab sikit??
semua tu sebenarnya lambat.. apa mmemori recall lagi apa?? huh lambat lambat...
ada sesuatu yang cepat tapi kau tak perlu guna teori teori ini..
cuma belajar dari mereka yang terdahulu..
mungkin mereka tidak secerdik kau belajar perlu ke menara gading.. 
cuma pengalaman banyakkan membaca dan lakukan.. itu saja... 
ya kini aku sedang menuntut dengan banyak guru guru yang ada sejak zaman dulu lagi...
aku biarkan kalian memandang aku rendah seperti keadaan aku yang rendah itu tapi 
kalian hati2 wahai sang bulan.. aku hanya mendengar saja bila
kalian kalian bercerita tentang itu tentang ini tapi sebenarnya aku rasa aku lebih tahu 
cerita sebenarnya...
aku lebih ramai kawan yang suka menceritakan dan mempublisitikan orang dari kalian...
aku lebih rapat dari orang yang kau cerita berbanding kau yg jumpa hanya tuk 5dan6 kali saja
aku lebih ramai kawan yang menyuruh mereka untuk membuat apa saja dari kau....
aku yakin suatu hari kau akan jatuh dan aku sendiri akan berdiri tegak.....
aku harap kau  bersedia..
pandanglah aku serendah mana kau mahu padang
hina lah aku sekejimana kau mahu keji
perbodohkanlah aku selagi kau rasa kau mampu perbodohkan
ingat kotak putih didalam sebuah kotak itu akan memangil kau, aku, dia bila-bila saja
jadi kalau di beri kesempatan nanti aku akan buktikan kepada kalian siapa 
AKU SEBENARNYA!!! 

Rabu, 30 Mac 2011

siapa salah?? aku kah??

aku terfikir sejenak bagaiman berperasaan jika aku mempunyai cinta tetapi nun jauh dari mata!!
bukan tak pernah ada kekasih jauh tapi kali ini benar-benar jauh... 
dulu aku ada simpan perasaan ini terhadap gadis labuan.. oh itu dulu... ya labuan dengan kuala lumpur..
jauh bukan.. yeah tapi itu bukan nya jauh sangat...
aku dia dan kamu!!
ini ceritanya...l
aku sendiri tak tahu adakah aku ini benar2 siuman untuk ini.... 
bagai ada loceng didalam kepala kerana aku buntu mendengar bunyi bising sambil ada hayunan periuk itu
dalam kepala.. oh tidak.... 
dia.. ya dah lama aku kenal.. mungkin sejak aku mula kenal erti senior.. yeah.. itu benar aku rasa...
lama perkenalan hanya bererti sahabat... tapi jujurnya aku amat mencintai dan menyayangi dia.. 
dia juga jauh.. jauh dari mata arah selatan jika tak silap... aku tahu dia tahu cuma dia tak pernah respond!!
itu dia.. tak apa.. aku boleh menunggu si dia....

ini kamu yeah kamu.. baru saja perkenalan kami aku kenal kamu sejak aku mengenali apa itu twitter!! 
oh.. hebat... aku tak tahu samaada aku follow kamu atau kamu follow aku.. itu aku abaikan...
kamu ya kamu aku rasa kamu sudah ada orang yang dia sayang sebab aku pernah terbaca cerita itu 
di alam maya nya.. yeah.. aku tidak terasa sangat kerana aku masih setia seperti bulan dan matahari.. 
cuma aku juga senang melihat kammu yang sentiasa ada masa menjawab soalan2 bodoh aku...
terima kasih ya.. kamu kamu juga orang yang agak senang di fahami.. yeah.. walau hanya kenal di alam maya
aku merasakan sesuatu perasaan ye.. walaupun jauh dalam hati ini untuk aku menyayangi kamu.. tapi
aku ada perasaan itu...
nak di jadikan cerita aku tak tahu samaada mana yang perlu aku pilih??? 
aku buntu...
jika aku pilih kamu... dia terlalu jauh dari aku...
jika aku pilih dia.. bilakah jawapan itu akan muncul atau sememangnya dia tidak berminat lagi pada aku??!!
mungkin kah aku salah kerana aku sendiri tidak tahu memilih?? 
oh aku buntu!! 
aku harap sekarang adalah nescafe yang boleh aku cicah dengan roti supaya dapat berfikir dengan WARAS!!

Jumaat, 25 Mac 2011

cerita malam jumaat!!

huh!! wow.. macam best je kan bila bace tajuk entrie nie kan kan kan??
em.. nampak tak permainan dia.. hahha tu tu dah ada yang senyum2 eleh hey ingat nie cerita apa??
tak de x de blog nie suci lagi tau.. gahhaha tak mo cite yang bukan bukan.. hahhaa
saje nak bagi tajuk entrie gempak kan...
nampak tak tu dia permainan dia....

hahahah weh korang aku rasa aku dah jatuh cinta dengan seorang gadis blogger!!!
hehehehe ala nak tau apa tanda2 dia tak
1st aku bukak dia punya blog peh tiba-tiba aku senyum sorang-sorang!! hehehehhee
2nd nampak pic dia uh tiba-tiba aku rasa satu perasaan yang lain dari yang lain.. aduh.. pahal nie..
3rd nampak pula dia tulis ayat2 even ayat tu ayat biasa tibe-tiba aku rasa sweet gile ayat dia...

oh apakah!!!
aku tak tahu lah apa maksudnya....
dan aku cari dan kenal pasti rupa-rupanya mungkin inikah cinta??

ok ciri-ciri gadis blogger ini...
seorang gadis eh memanglah aku tak gay ok hahaha
bertudung.... jeng jeng jeng buka si nisa okey hehehehe
berusia belasan tahun "kot" ten ten ten....
seperti bukan orang semenanjung... sepertilah...
suka warna...... hehehe x pe cukup aku tahu dah la.....

dan nak tau tak  aku cuba nak seru dia dengan berkata 
"pelawok pelawok pelawok pelawok pelawok pelawok pelawok"
ye lah malam jumaat kan... 
mana tau dia muncul ha untung ar kan!! kalau dia muncul... aku tak kan kasi dah dia balik, terus panggil tok kadi je hahaha...
em tapi malangnya
segala cerita diatas ini hanyalah mimpi yang datang tadi walau pun just dalam sejam je terlelap!!!
kah kah kah kah kah...
bangun bangun aku terus cakap oh nie mungkin cerita malam jumaat kot!!
ehehhehee  hahaha jangan marah eh....
hehehe 

Khamis, 24 Mac 2011

kalau kau sedar ini.....

mereka hanya tahu berkata bercerita mencerita membidas mengkritik dan segala macam meng lagi kepada aku
hakikatnya mereka pernahkah fikir walau sesaat untuk berada dalam jasad dan menganti roh aku untuk menjadi seseorang yang bernama MOHD JAMAL ARIF BIN ROSMAN.. satu satunya waris lelaki untuk keturunan  HAJI.BASIR INI??? 
PERSOALAN YANG SERING AKU TANYA PERNAH KAH??
PERNAHKAH??
PERNAHKAH??
PERNAHKAH??

aku mengaku dalam hidup aku ni aku sering melakukan kesilapan... ya kesilapan..
kau kau kau kau kau yang sibuk cerita mengumpat mengata pasal aku!! tak pernah kah kau membuat salah
walau sekali?? tak pernah kah kalian kencing malam walau sekali tak pernah kah kalian menipu walau pun sekali?? tak pernah kah kalian melakukan dosa walau pun sekali?? 
nabi MUHAMMAD menjadi orang yang paling tidak berdosa selepas isra mikraj setelah hatinya dibersihkan!! dan ketika umurnya telah matang!! 
aku ini hanya manusia biasa... kau sedar tak?? 
ya aku pernah menipu sekali duakali tigakali... tapi itu dulu
tak kah kalian berfikir tak kan aku hendak menipu sehingga aku MATI???
kalian sendiri boleh fikir kan.. bagaimana bila rasanya di cemuh?? di benci?? cukup!! aku tidak ingin lagi perasaan itu datang kepada aku lagi!! kalian benar kenal aku dan sampai sanggup melebel aku kaki penipu??
berat lebel kalian terhadap aku.. aku berdoa agar tuhan memaafkan kamu semua yang mengata mencaci melebel dan segala meng lagi terhadap aku.... aku takut di kubur nanti kalian akan mendapat siksa yang dashat!! tak apa biar aku maafkan kalian... 
maaf aku ini tak sempurna tak pernah sekali aku cuba untuk menyempurnakan diri tapi aku kecewa bila adanya orang yang aku sayang terhasut dengan kata2 dan hasutan kau tu...
aku kecewa... jauh dalam hati aku , aku rasa ingin saya lenyap dari muka bumi.. ya perasaan tu hadir 
bila aku rasa yang orang yang aku sayang semakin jauh dari hidup aku... lalu aku bangkit menguatkan langkah dengan bekerja lebih keras... 
lantak lah apa mereka nak kata yang penting aku bersama keluarga aku tahu aku siapa...
tuhan juga tahu aku siapa...

pesanan aku.. jika kau ragu dengan aku kau terus berjumpa dan tanya jangan kau suka suka hendak melebel mengata mencaci mengeji aku.... malu bertanya sesat jalan.. ya ini spontan dari hati!!
dan aku ingin meminta maaf kepada kalian jika pernah melakukan kesalahan terhadap kalian!! maaf...

hah nie apa pulak??

satu masa dulu!!!


satu masa dulu time nak tengok wayang :
situasi : di rumah 


bangun pagi terus call.. si adeq manis..
 gua: helo selamat pagi cinta.. eh jom hari ni kita pergi menonton wayang ^_^ pisau cukuq!! jom..
adeq manis: ok.. 


bahagia time tu.. bangun terus mandi dan bersiap amek dia daan terus gi menonton.. x di OU gi Curve ^_^
tu dulu ar...




suatu masa waktu lunch:
situasi: di luarlah biasanya
gua: hello cinta .. eh kt mana jom i amek u kita lunch.. nak
adeq manis: oh i kt umah la.. meh amek cepat jom jom jom


huh.. indahnya...


suatu masa dulu time lepak mamak!!
situasi: di gerai mamak
gua: eh u nak makan ape cepat la order..
adeq manis: bukan u selalu orferkan ke?? ha macam biase la u..


wah... dah macam suami isteri pun ada kan memahami sangat.. hahahaa..


sekarang..
sewaktu keluar menonton wayang


gua: alamak sorang je nie.. nak tengok cita romantik2 nnt orang kata syok sendiri nak taknak gua usha je la
action movie.. layan la sorang2.. hahahaha


ahahaha sorang je la nk bwt camne.. x de awek.. hahahaha


sekarang waktu lunch
situasi di rumah
gua: eh.. makan kt rumah je la... susah2 1300-13-1300 mc delivery ar apa lagi..
hehehe


nak buat camne makan sorang2 kt luar x feel hahahaha :P


sekarang waktu lepak mamak
situasi: kedai mamak lah
gua: ane!! meh sini mau order
ane: dey mana u punya awek x da kah??
gua: tak dak dah dah amek order jangan banyak tanye boleh tak?


ahahaha padahal nak touching en bile dia tanya gua soalan2 nie..!! dan jawapanya DAAA...... hahaha


ok single ke couple ke ini semua subjektif kan..
ada orang kata its okey when single ada orang kata single nie boring la.. tapi ada orang kata couple susah la.
ada juga orang kata couple nie best la kan.. hakikatnya kita harus memahami apa yang kita pilih... 
hargai mereka yang mencintai anda dan jangan meninggalkan orang yang mencintai anda kerana orang yang anda suka kerana orang yang anda suka pasti akan meninggalkan anda demi orang yang beliau cintai ^_^
fikir lah ^_^

Selasa, 22 Mac 2011

datang jepun cakap jepun datang MAlaysia cakap MAlayu la

ok kali nie gua rasa gua tengah hot.. dengan sesetengah orang yang tak reti beradap
cerita dia macam nie.. aku izat zul chaoi dan pian kami sedang berborak
huh mereka mereka nie sahabat yang selalu kami makan tengahari bersama 
di gerai kampung baru semasa rehat kelas RUMAH AKTOR SENIMAN
kami berchat di group yang tertutup...
nak di jadikan cerita kami bebual di chat dan tibe-tibe ada budak kecik ni 
dengan biadap suruh kami diam!!
choi!! agak agak la.. kau masuk group kami entah siapa yang invite than kau nak kami ikut cara kau??
memang tak la kan... kau dah masuk group RAS ikut la cara kami kalau tak suka kau belah!!
ha kan senang.. so kalau ye tak suka bahasa kasi lah cantik sikit kan dah kene ban dari group!!
ahahaha.. kepada mereka saya nak beri nasihat sikit masuk rumah pakmat tanggal lah kasut ,
masuk rumah pak cik liong pakai la kasut masuk rumah uncle ramu basuh kaki dulu.. jangan main redah
nnt kau mendapat!! lajak perahu boleh di undur terlajak kata kau yang kena!!
so im sory sbb aku remove kau dari group ok!!

Ahad, 20 Mac 2011

kau kau aku aku

sejuta kata semua merujuk bagai kau tu sahabat yang boleh di percayai oleh mata2 sahabat
tapi aku sendiri terkedu melihat kau ibarat lalang yang mmudah lentur bila ditiup angin
hah.. dulu semasa kau susah kami kami kami ni yang membantu untuk mengembirakan kau
tapi sebaliknya kau buta bila kau sendiri memakan kami ibarat sang tikus memakan anak sendiri
hah aku sangka kau ibarat tebing yang selalu bersama aur.. tapi aku silap semua tu hanya lakonon
ye silapnya disini aku lupa kau juga seorang pelakon yang hebat berlakon walau pun di dunia realiti
wah kau hebat ibarat belalang menyorok di daun-daun subur...
hah.. manusia memang begini tak pernah nak mengenang budi rakan rakan
sebaliknya kau seperti seekor anjing yang tersepit lepas kami lepaskan kau gigit kami kembali
huh mungkin kau lebih hina dari anjing.. kerana anjing sekarang juga mampu menjaga orang yang menyelamatkannya..
nah kalau kau terasa.. aku tak boleh kata apa.. ini hanya nukilan aku.. kau kau kau terasa lantak kau...
bezanya aku disini.. aku menghargai setiap kawan-kawan aku.. walau aku benci dia sekalipun aku tak akan
menjatuhkan mereka2 ini walhal aku masih ada hormat walaupun sedikit untuk mereka 
itu tanda aku masih menghargai mereka...
kau kau kau huh seseorang yang aku tak mudah untuk percaya tapi aku masih hormat kepada kau...
bezanya aku disini.. aku tak peduli kata kata mereka mereka yang sibuk berkata-kata dari belakang
aku ada cara aku.. aku ada kuat aku... aku ada hati aku.. aku meneruskan perjuangan yang tanpa memikir kata-kata mereka yang cuba membunuh aku dalam diam.. kerana aku percaya takdir aku sebegini dan aku tidak mahu menjadi musuh dalam selimut atau duri dalam daging!! berfikir sebelum kau terus dihina atau kau memang suka kau dihina itu aku tak tahu!!!

note: aku menulis ini untuk kau sedar!!

Jumaat, 18 Mac 2011

the tag

The tag



Thanks to Cik Alia suhaimi kerana telah meng'tag saya  soalan soalan ni. maaf lambat untuk mengepost Tag ini.. maklumlah mengerjakan kerja yang tiada penyudahnya...


sila beritahu nama penuh kamu. Tak kisahlah sampai nama datuk , moyang kamu....
woah... ok nama saya MOHD JAMAL ARIF BIN ROSMAN!! cukup panjang dah x perlu kot sampai datuk dan moyang ahahaha takut tak cukup space nnt ahahaha..


kamu suke warne pink tak??
suka bila melihat wanita-wanita, gadis-gadis mengunakan apa saja dengan warna pink!!
nampak tak ke gatalan di situ ahahahah
kalau kamu ditakdirkan bertemu dengan pemberi taggi ni, apa kamu nak cakap dengan dia?
awak-awak jom kapel ahahahaha (gile tak??) ahahah
thankz tag saya suka ^_^

siapa paling comel? maher zain atau kamu?
kalau tanye camni comfirm jawapannya saya ahahahaha
ceh maher zain.. x la comel sangat pun!! ahahaaa
(perasan betol kan jamal ni)
mana lagi sedap? kek atau aiskrim?
saya x suka sangat dengan kek so aiskrimla pilihannya
(x de pilihan lain ke?)

bila tarikh birthday si pemberi taggie ni? (kalau kamu ingat, kamu memang hebat)
he he he.. em x berapa nak pasti tapi i try.. 17 feb kalau x silap...
eh betul ke??


ain maisarah, siapakah dia?
pastinya seorang manusia ahahaha 

ceritakan sejarah kamu membuat blog, ikutlah sampai berapa perenggan pun
memulakan pada awalan tahun 2009 dan suka-suka dan sekarang semakin serius..
apabila hari jadi kamu, kamu nak saya (pemberi taggie ini) beri apa pada kamu?
cukup sekadar ucapan yang ikhlas... ^_^

taggie ni ada sepuluh soalan, jadi wajib tag sepuluh orang ye!

ok mereka-mereka adalah
jeng-jeng-jeng
afiah
syaza
miss.genit
r a s c a l
thenameisia
Zahiril Adzim
zealot
tubelawak
layla yuki
yaya

hehehehe cukup

Rabu, 9 Mac 2011

lupa diri

seronok bermain dari pagi membawa ke malam dari malam singgah ke pagi..
semakin seronok semakin asyik semakin menonjol..
melaungkan setiap perbuatan dengan kata.. melakukan setiap perbuatan dengan cara
ia mungkin kalian tidak memahami tapi ini realiti bagi segelintir makhluk yang bebas untuk terbang
melupakan tempat di mana mereka sendiri kencing!! itu lah mereka.. 
sudah ada PAVILLION mula lupakan THE MALL !!
dah ada LC mula lupakan RXZ
dah ada LV mula lupakan BOSS!!
dah ada INSPIRA mula lupakan LANCER!!
yeah mungking dia memberi kan kalian kesenangan untuk SEKETIKA 
dan ingatlah jalan pulang sebelum kau terus tersesat!!
aku sebagai pemerhati hanya tersenyum 
kerana ingin menikmati keindahan ciptaan tuhan!!


Selasa, 8 Mac 2011

khas untuk semua wanita!!!

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

Ok pada semua wanita selamat hari wanita sedunia eh...
pada lelaki.. hari nie bukan hari kita okey jangan ngade2 nak touching!!
ha.. wanita seluruh dunia lagu ini lagu cinta untuk kamu semua ( lagu projek pistol tajuk dia wanita seluruh dunia)
wah nikmati hari anda dengan penuh ceria ye...
enjoy ur day!!! ^_^


budak nie rase dia comel!!

nama dia
mohd jamal arif nin rosman
dia nie cakap dia comel 
ahahaha
perasan kan..

nampak kan kecomelan dia..
ahahaha
ok ini cool

ini antara gambar yang disukai oleh budak nie
bergambar bersama ikha
ada orang kata sweet!!
oh no comment!! hahahaha
nah kan comel kan..
ahhahahaha...
ok cukup2 la cover kecomelan tu
bye!!

apa komen korang?? hahaha aku tak tau la... nak post apa.. thankz to ikha sbb upload pic nie kt fb.. so terasa comel bila tengok pic nie!! hahaha,...
ah,.. ada yang nak cakap aku poyo tak??
lantak korang la... haha.. aku nak lawan justin bieber nie!! 
hgahahaha :P


Ahad, 6 Mac 2011

itu dia

menyedari hari-hari ini tidak lagi diendah kan oleh kau.. lalu aku bergerak sendiri
mencuba melupakan hasrat yang tidak akan terjadi ibarat menunggu bulan jatuh ke riba
aku harus melakukan sesuatu perubahan.. ia kau bukan dicipta untuk aku... dan aku yakin
kau akan ditemukan dengan orang yang lebih baik dari aku...
ia aku redha dengan ini semua..
kerana aku percaya akan ada orang lain yang tercipta unutk aku..
cuma aku tak tahu bila ia akan muncul...
itu lah kata kata fiq kepada emma...
dan aku sebagai pemerhati.. mengucapkan tahniah atas kesedaran fiq.. sebagai kawan..
 aku mengerti perasaan fiq dia nampak begitu hampa.. tetapi dia tabah..
emma.. mendiamkan diri dan seperti tidak tahu ingin melakukan apa.. 
ya emma semestinya ada pilihan hati sendiri.. dia telah puas cuba menerima fiq tapi dia tidak kuat untuk itu..
aku lalu berdoa.. supaya suatu hari nanti aku  juga di temukan dengan insan yang aku sayangi!!
fiq, emma chill up ur day.. life must go on...


semalam

hari ini aku menjadi pemerhati yang agak baik...
aku  hanya mampu bergerak kaku dan menelan segala yang terjadi
tak kira ianya baik atau buruk.. aku saluti semua manis dan pahit dengan rela hati walaupun sebenarnya tidak.
melihat perangai manusia.. yang jarang-jarang terjadi...
melihat dimana pembohongan berlaku, melihat mereka ber hipokrit dan melihat nafsu menguasai diri mereka!!
ada kala aku juga pelik melihat tingkah laku aku yang hanya mengikuti segala kerenah mereka-meraka
hey kau dah kenapa mengikut segala telunjuk mereka walau kau sedar ianya tidak perlu
aku tertanya pada diri aku.. kenapa dan mengapa!! dan aku sendiri tak tahu....
mungkin untuk aku rasa seronok seronok.. dan aku sedar mungkin seronok pada dunia....
benar manusia mudah di hasuti oleh nafsu yang selalu menjadi musuh tetap antara kami...
hari ini aku belajar serba sedikit tentang kehidupan..
ibarat menambah perasa didalam makanan yang ingin disedia kan kelak...
menyusuri titi aku jalan dan bermohon supaya dosa aku dan sahabat-sahabat aku hari ini di ampun kan olehnya!!



Jumaat, 4 Mac 2011

akibat gelojoh!!

semalam hani berdate dengan si akmal untuk pertama kali...
sewaktu berhenti di lampu isyarat sebelum sampai ke tasik titiwangsa 
tiba tiba hani berkata awak awak!! saya tak tahan nie...
cepat la.. saya dah lama tahan.. tapi nie dah tak tahan dah.. argh...
cepat lah...
akmal terus menjawab.. kejap kejap kat depan tu je... ok.. kejap la.. 
i pun tak tahan nie.. lagi-lagi dengar u cakap camni.. jap eh.. 
dalam 2 minit sampai... akmal park kan kereta beliau
di area jauh dari orang di bahagian belakan tasik titiwangsa itu..
tiba-tiba akmal cakap.. ha cepat la line clear nie.. tadi tak tahan kan.. 
PEK!! dengan pantasnya hani melempang muka akmal dan terus sound " aku nak kencing lah bodoh, kau dah la park kete jauh dari toilet pastu ajak aku buat bukan2.. arh!!".. 
hani turun dari kereta dan berlari mencari toilet..
akmal terus terpaku " ish aku nie pahal la gelojoh sangat kan dah kene aduh... malu malu malu.."!!

motif cerita nie: pahami lah kehendak seseorang itu dengan jelas.. dan jangan lah gelojoh bebenor!! hahaha 
maaf jika cerita ini ada kene mengena dengan anda.. ia nya tidak disengajakan ^_^!!  hahahaha


NURUL AINUL FARHAIN ^_^

NUR AINUL FARHAIN
18 december 1993 (awal sehari tarikh lahir dia dari saya)
berusia 17 tahun 2bulan dan 17 hari ^_^
orang sabah (boleh bah kalau kau) itu je pun yang saya tahu ^_^
seorang blogger nurulainulfarhain...

saya berkenalan dengan dia di  SAHABAT BLOGGER (post pertama bila mintak akaunt SKYPE mereka)
saya rasa dia juga addict pada warna pink!! 
dia kata dia  materialistik.lalala (tapi saya tak percaya)
dia kata bf  dia ashraf muslim (arh tidak hahahahaha)
dia sangat friendly orang nya..
dia penasihat yang baik juga..
dia comel kan kan kan... 
dan memang orang sabahan nie cantek2!! (ini saya setuju)
ops saya puji ini dengan ikhlas x dew paksaan dari mana- mana pihak!!
saya tak sangka dia nie friendly gila..
sebab!!
bila berbual dengan dia.. yes!! saya selesa...
ahaha saya susah tau nak selesa dengan orang tapi dengan ainul nie saya okey pulak...
saya nak ajak dia date kalau dia datang kuala lumpur.. :P (tu pun kalau dia nak la kan)
ahahaha....  okey lah cukup kot cerita pasal dia.. untuk kali nie...
ahaha sebenarnya nak cerita yang saya ada kawan baru yang BEST dan COOL!!
awak awak.. awak nie best tau..
saya doakan supaya awak dapat la miracle yang awak wish tu ^_^
lagi satu sebelum terlupa... blog awak best ^_^!!



Khamis, 3 Mac 2011

tukar benner!!!




ok aku tukar benner nie...
hahaha 
actually aku ada dengar ulasan-ulasan sumbang 
yang mengatakan aku pondan!!
choi!!!
ahahaha!! 
pale otak deme!!
gua lelaki original beb!!
ahaha sesedap rase melebel kan gua pondan!!
sebab memegang itu payung!!
ahahaha
motif payung itu 
hanya untuk bergambar!!
lalu gua tukar benner gambar memegang anugerah seri angkasa!!
semoga gua akan dapat anugerah itu suatu hari nanti!!
ok.. that all!!
ingat eh!!
gua lelaki sejati!!



Rabu, 2 Mac 2011

gadis gadis uitm shah alam!!

ten ten ten... ok.. bercerita tentang gadis gadis uitm shah alam..
okey korang rasa aku nak comment, aku nak puji,aku nak kutuk .. atau aku nak mengarut?? 
ahahha 
eh dah dah dah x payah nak pikir aku sebenarnya nak memuji..
nak tau tak semalam aku lepak shah alam dengan segelintir rakan dari RUMAH AKTOR SENIMAN di 
shah alam... plan nya nak mandi di pusat akuatik tapi disebabkan aku lambat so cancel ar.. ok.. than.. 
kitorang gi makan kat seksyen 7!! (ramai dak uitm) makan area restoran pak li kopitiam.. 
ok ramai kot gadis-gadis uitm kt situ.. wah... aku suka ar lepak situ 
sebab indah nya permandangan kt situ.. hehehe ramai gadis comel2.. cantik2... uhuhuhuh....
kalau yang dah ada bf tu.. oh sweet kot makan bersama.. jeles uh!! hahaha
so ada tak gadis2 dak uitm kt sini?? weh krang comel la.. hahahah 
k that all!! aku rase lepas nie aku akan rajin gi makan kt sane lagi hahaha

gambar SHAH JAZLE bercium ghairah!!


kepada fans shah jazle jangan marah eh!!


Selasa, 1 Mac 2011

benarkan cinta pertama sukar untuk di lupakan!!

ok dah lama dah entrie nie terpendam akhirnya aku akan publishkan ianya jugak!!
ok sebenarnya nak cerita entrie nie khas untuk seorang teman... ok.. 
ceritanya terlalu panjang untuk aku sendiri rungkai kan.. kalau nak cerita satu-persatu...
aku tak mampu nak selak semula satu persatu helaian buku log yang aku dan dia cipta dulu,,
ya itu semua ialah memori dan sejarah.. yang baik aku simpan yang burok aku dah lupuskan.. serius.. 
jujurnya aku tak rasa ada satu pun memori buruk yang ada pada dia..
 sumpah sikit pun aku tak pernah marah dia.. 
dalam tahun 2004 yeah jejak nya kaki kesekolah menengah aku terus mengenali dia..
dan terus menjalinkan hubungan cinta monkey!! hahaaha.. ok aku suka yang ini.. sebab 
first love.. walau apa pun terjadi, dengan sesiapa aku bercinta..
aku selalu bagi lirik2 lagu kat orang yang aku cinta tu.. nak tau kenapa...
nie penangan dari first love aku.. haha.. camnie cite dia.. 
dulu time pakai surat.. cecececece.. tulis surat  tulisan kalau boleh yang tercantik nie..
sebab nak bagi dia senang baca.. ayat berbunga-bunga kan.. lepastu mesti letak lirik-lirik lagu yang kononnya membuktikan rasa cinta nie kan kan kan... lepastu tanye pendapat kawan-kawan..
eh camne nak bagi eh.. pastu badjet nak romentik bubuh dalam beg dia la.. bawah meja la..
konon-konon romantik la.. ahahahhaa...lepastu bila dapat surat reply dari dia.. peh sumpah bukak 
kt dalam dorm time orang semua dah tidur.. hahahaha.... ye!! aku rindu time tu.. 
yeah ada surat yang still aku simpan sampai sekarang!!
 ahahaha aku nie memang suka menghargai barang-barang pemberian dari sesiapa je.. 
hahahaha.. than x dengar cite pasal dia.. tapi x silap time form 2 ada la sekali aku call dia..
ahahaha than terus diam.... hahaha...  time form2 dah pandai guna myspace ha time tu ada gak cari..
tapi x jumpa..  
berbalik cerita pasal first love nie. tub tub tahun lepas kami jumpa.. wah... ala kat facebook je pun..
ahaha tu pun dia yang jumpa aku.. hahaha.. ok lah thankz kat dia sebab sudi nak search aku yang 
x seberapa nie.. ^_^ ok,.. that all.. nak cerita..
sebenarnya aku nak cakap yang memang betul kata orang.. first love nie susah nak lupa...
walau pun ianya cinta monyet!! kan kan kan... siap setuju angkat tangan macam usop!! 
ahahhahaa 
usop superb!!


pesanan dari hati: ok ok.. tak tau pahal malam2 nie cek cek cek balik segala entrie tibe2 jumpa entrie yang terpendam nie.. hahaha ada la sikit edit2 bubuh gambar usop!! (usop my favorote) hahaha.. abaikan typo yg di sengajakan tu... ok than dengan rasa selambe untuk mengeshare aku share la.. so korang sokong tak ape yang aku rasa.. sebab memang betul cinta pertama nie sukar di lupakan kan kan kan....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...